Elak Anak Ketagih Telefon Pintar, Bapa Ini Bawa Remaja Mengembara

Seorang bapa dari Calgary, Kanada membawa anak lelakinya mengembara ke Ulan Bator, Mongolia kerana tidak mahu anaknya itu terus ketagih bermain telefon pintar.

Jamie Clarke berkata bahawa idea itu muncul ketika beliau melawat sebuah pusat peranginan meluncur ski terpencil di daerah berkenaan bersama ahli keluarganya.

Sudahlah lokasi untuk meraikan hari lahirnya yang ke-50 itu terpencil, pusat peranginan itu juga dilaporkan tidak mempunyai jaringan komunikasi dan internet!

Jamie mahu membawa anak lelakinya iaitu Kohbe ke Mongolia bersama-sama kerana beliau dapat rasakan wujudnya jurang komunikasi antara dirinya bersama remaja yang kini berusia 18 tahun itu.

Jamie berkata bahawa Kohbe sentiasa bersama telefon pintar apabila berada di rumah.

Sumber: Sinar Harian

Jelasnya, “Saya akui kesilapan saya kerana memberikan telefon kepada anak sejak kecil dan lebih banyak berkomunikasi dengan dia hanya melalui peranti itu.”

Lelaki itu turut berkata, “Jika kita lihat ketagihan kepada gajet ini tidak berlaku kepada individu semata-mata tetapi ia turut berlaku kepada keluarga dan ia berterusan. Saya mula menganggap bahawa ia telah mengawal kami dan bukan sebaliknya.”

Dalam pada itu, Khobe akui bahawa dia begitu marah selepas terpaksa mengikuti bapanya untuk pergi ke kawasan berkenaan.

Sepanjang mengembara bersama bapanya, remaja berusia 18 tahun itu tidak dapat mengetahui perkembangan dunia luar kerana gagal mengakses media sosial seperti Snapchat atau Instagram.

Walaupun begitu, Khobe menganggap bahawa idea bapanya itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana ia merupakan sesuatu yang baharu dan sangat menarik untuk dilakukan.

Pada pendapat anda, adakah pengembaraan akan membantu dalam mengurangkan ketagihan individu itu terhadap telefon pintar dan teknologi?

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel mengenai ketagihan terhadap sesuatu, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca