Eksperimen ‘Black Light’ Ini Buktikan Wabak Boleh Tersebar Dengan Pantas Di Restoran

Satu eksperimen black light oleh saluran televisyen NHK di Jepun ini mencuri perhatian warganet baru-baru ini apabila ia membuktikan virus hanya mengambil masa yang singkat untuk tersebar di restoran dan ruang awam yang lain.

Mereka menggunakan cat pendarfluor yang glow in the dark sebagai wabak tiruan dalam eksperimen tersebut. Pemilihan warna cat ini adalah untuk menggambarkan bagaimana wabak itu boleh merebak dengan pantas kepada para penonton.

Salah seorang daripada sepuluh peserta yang terpilih untuk menjadi sebahagian daripada eksperimen ini akan meletakkan cat tersebut pada tapak tangannya. Dalam erti kata lain, dia merupakan individu positif ‘wabak’ berkenaan dalam eksperimen ini.

Para peserta menikmati makanan mereka selama 30 minit sebelum lampu biru ini dihidupkan. ‘Wabak’ ini telah merebak dengan pantas dalam masa 30 minit sahaja!

Buktinya, kesan cat itu ditemui pada tangan individu lain dan beberapa objek di ruang awam tersebut. Peserta kelihatan terkejut semasa lampu biru itu dihidupkan selepas menyedari cat itu telah berpindah kepada mereka.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terkejut apabila menonton video tersebut:

Jepun telah mencatatkan sebanyak 16,237 kes positif COVID-19 manakala 725 daripada mereka tewas kepada wabak tersebut sehingga ke hari ini.

Rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca