Ekor Taufan Lekima Punca Ribut Di Utara Semenanjung

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan oleh ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.

Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata, garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.

“Apa yang berlaku sebenarnya adalah garisan ribut petir (garis badai) akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca ribut tropika berlaku di timur China.”

“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan mengenai beberapa kawasan di Kedah dan Langkawi.”

“Kelajuan yang dicatatkan setakat ini 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun gelombang kedua bergantung kepada kedudukan taufan. Ketika ini MetMalaysia tidak menjangka gelombang kedua kerana kebiasaannya ia berlaku sekali sahaja,” jelasnya.

Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat tadi telah membadai beberapa kawasan antaranya di Langkawi, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca