Ejaan Dan Tanda Baca Teruk, Warganet Belajar Bahasa Di Twitter Andi Bernadee

Pada 21 Februari lalu, penyanyi kelahiran Sabah, Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul bin Andi Mapangile telah melancarkan video muzik rasmi bagi single terbaharunya yang berjudul Shimmy. Video muzik itu berjaya meraih lebih 700,000 tontonan dalam masa empat hari ia dilancarkan. Malah, ia juga turut menjadi trending di laman YouTube.

Walau bagaimanapun, tidak semua yang senang melihat video muzik berkenaan terutamanya apabila ia ada memperlihatkan babak Andi sedang menggigit leher seorang wanita.

Seorang pengguna laman sosial Twitter di sebalik akaun @NanaNasri92 telah memuat naik rakaman skrin babak berkenaan dan menyifatkan ia sebagai video muzik paling sampah kerana menjatuhkan martabat kaum Hawa.

https://twitter.com/NanaNasri92/status/1231831386710872064

Dalam bebenang yang sama, Nana Nasri turut menyatakan rasa bencinya terhadap babak dalam video itu dan mengaitkannya dengan perihal lain yang langsung tiada kaitan. Semasa artikel ini ditulis, hantaran itu mendapat lebih 3,000 ulang kicau dan 5,000 tanda suka.

https://twitter.com/AndiBernadee/status/1231914366900920320

Berang video muzik tersebut dilabel sebagai sampah, tuan empunya badan akhirnya tampil bersuara. Namun begitu, tinjauan kami mendapati bahawa ejaan dan tanda baca teruk Andi lebih menjadi tumpuan warganet berbanding mesej asal yang cuba disampaikannya.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Wani tampil menyatakan rasa tidak senangnya melihat cara penggunaan tanda baca Andi yang berterabur. Turut terganggu melihat kesalahan itu, seorang lagi pengguna laman berkenaan iaitu Aisa Benasri membalas hantaran Wani dan menyuruh gadis tersebut supaya menunjukkan cara penggunaan tanda baca yang betul kepada penyanyi berusia 28 tahun itu.

Tidak semena-mena, ruangan Replies pada hantaran itu menjadi kelas bahasa apabila Aisa Benasri memberi penjelasan tentang penggunaan tanda baca yang betul. Menurutnya, semua tanda baca perlu rapat selepas perkataan. Selepas tanda baca, barulah jarakkan.

Tinjauan kami mendapati ada segelintir warganet yang bersetuju dengan nasihat yang diberikan itu dan ada juga yang berpendapat bahawa ia bukanlah kesalahan berat yang perlu dibesarkan. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warga Twitter:

https://twitter.com/Iamfiy/status/1232154249007521794?s=19

Apa-apa pun, tidak salah jika kita pratikkan penggunaan tanda baca yang betul dalam kehidupan seharian termasuklah di media sosial. Ingat, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang beberapa ejaan sebenar bahasa Melayu yang kita semua sering keliru. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Artikel Lain Untuk Di Baca