“Educate Yourself!”- Doktor Ini Berang Isu Perlekehkan Bersalin Caesar

Bersalin caesar

Tular sebuah video di laman For You Page (FYP) TikTok, seorang doktor berang dengan isu segelintir pihak memperlekehkan wanita yang bersalin secara Caesarean.

Doktor yang dikenali sebagai Sandra Raman itu membalas komen warganet yang meminta pendapatnya terhadap pihak yang merendahkan wanita yang melakukan Caesarean.

Sumber: TikTok (drsandramd)

Di dalam video tersebut, doktor berkenaan dengan tegasnya mengecam warga-warga yang memandang rendah wanita yang menerima pembedahan itu.

Dia juga menerangkan mengapa sesetengah wanita melakukan caesarean dan bukan bersalin secara normal.

“Saya tak kisahlah kau orang siapa, jangan berani nak merendahkan wanita yang lahirkan (dengan) caesar tau.

Tidak kisah lahir caesar ke lahir normal ke vaccum ke, semua wanita itu berkorban bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak itu,

Wanita yang bersalin normal itu dari bawah. Sakit macam mana, koyak macam mana pun nanti dia akan sembuh natural,

Tapi kalau caesar, dia adalah salah satu pembedahan yang major untuk seorang wanita dan boleh mengakibatkan kematian. Faham?” tegasnya.

Beliau juga menambah bahawa wanita yang melakukan pembedahan tersebut mempunyai sebab tersendiri dan meminta agar tiada pihak menyelar keputusan tersebut.

“Kebanyakkan Caesar itu adalah Caesar kecemasan. Kalau bayi songsang memang kena lakukan Caesar. Nak lahirkan dia macam mana? Biarkan dia tersekat di bawah? 

Saya memang pantang dengan orang yang suka merendahkan yang melahirkan dengan Caesar ini. Tolong belajar dan didik diri sendiri,” bidasnya lagi.

Berikutan videonya yang berdurasi 2 minit 49 saat itu, kebanyakan warganet mengatakan bahawa mereka juga mengalami pengalaman diperlekehkan dan mereka berasa terharu dengan kata-kata Dr Sandra itu.

Sumber: TikTok (drsandramd)
Sumber: Tiktok (drsandramd)
Sumber: Tiktok (drsandramd)

Hanya yang pernah melahirkan anak sahaja tahu dugaannya bagaimana, respect kepada kaum ibu di luar sana.

Tonton video tersebut di bawah:

@drsandramd

Reply to @mira.art05 C-SECTION is NOT A JOKE! It is a major surgery! XOXO 🧡💋 to all mommies #drsandramd #csection #women

♬ original sound – Sandra Raman MD – Sandra Raman MD

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca