‘Eccedentesiast’, Seseorang Yang Menyembunyikan Kesakitan Di Sebalik Senyuman

Adakah anda pernah melihat seseorang yang mempunyai masalah cukup berat namun dia masih mampu tersenyum? Atau mungkin anda sendiri pernah mengalaminya?

Jika anda pernah melihat seseorang seperti itu atau anda mengalaminya sendiri, bermaksud anda adalah seorang Eccedentesiast. Eccedentesiast menurut ilmu psikologi bermaksud seseorang itu menyembuyikan luka di sebalik balik senyumannya.

Eccedentesiast berasal dari bahasa Latin. ‘I’ ditakrifkan kepada anda, manakala ‘dentes’, ‘teeth,’ dan ‘–iast’ dikenali sebagai penyamar. Seseorang yang mempunyai sifat Eccedentesiast adalah seseorang yang akan menyamar dengan menunjukkan giginya atau lebih dikenali sebagai satu senyuman. Ia dicipta oleh seorang penulis novel dari Amerika iaitu Florence King.

Eccedentesiast adalah orang yang menyembunyikan banyak hal melalui senyumannya termasuklah hal yang sedih, trauma dan tekanan perasaan. Anda juga boleh menggunakan Eccedentesiast untuk menggambarkan seseorang yang enggan memaparkan emosinya yang sebenar.

Jadi bagaimana anda menilai senyuman palsu seseorang? Sesetengah orang sebenarnya tidak begitu baik dalam membaca keadaan emosi orang lain.

Menurut Discovery News, anda hanya boleh melihatnya melalui mata seseorang. Senyuman palsu sering dilihat sangat mirip dengan senyuman asli tetapi ada sedikit perbezaan. Masing-masing dibawa oleh dua otot yang berbeza, yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian otak yang berlainan.

Mari kenali 3 tanda seseorang yang mengalami Eccedentesiast:

1. Seringkali terlihat lebih ceria

Orang yang selalu nampak ceria, belum tentu hidupnya lebih bahagia. Sama juga halnya seperti seorang Eccedentesiast, mereka tersenyum namun hati mereka sedang sedih.

2. Berusaha untuk menjadi gembira

Berusaha menjadi gembira di hadapan orang lain merupakan hal yang sangat sukar untuk dilalui. Kita seolah-olah berbohong dengan diri sendiri dan tentunya hati kita berasa sangat terluka. Namun, seorang Eccedentesiast dapat melakukannya.

3. Lebih suka bersendiri

Seorang Eccedentesiast memiliki sifat mandiri. Mereka terbiasa menghadapi masalah yang mereka hadapi dengan sendiri. Hal ini demikian kerana mereka pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Solusi yang mereka dapatkan adalah daripada pengalaman hidup mereka sendiri.

Seorang Eccedentesiast hanya manusia biasa yang tidak mahu dilihat selalu bersedih sehingga menyembunyikan rasa sedihnya. Namun, mereka juga akan menangis dengan sendiri jika tidak mampu mengahadapi semua masalahnya.

Penulis

  • Nurul Nazurah Azhar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca