Ebit Lew Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agih Air Bersih Di Selangor

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tampil menyalurkan bantuan air kepada orang ramai di Batu Caves, Selangor. Ebit turut berasa terkesan dengan kesulitan yang dihadapi sebahagian penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan, pemilik Elews Mart itu telah hadir dengan dua lori besar tangki air untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Sumber: Facebook @ebit lew

Menerusi kenyataannya yang dimuat naik di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak. Dimaklumkan bahawa agihan air itu bermula dari jam 10 malam hingga subuh namun masih juga belum selesai.

Sumber: Facebook Ebit Lew

“Bila saya tengok rumah saya tiada air, saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Paling sayu ketika saya tengok orang beratur terutamanya pakcik dan makcik yang mahukan air. Ada juga yang saya minta anak muda untuk membantu saya mengangkat air.

Sumber: Facebook Ebit Lew

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Permudahkanlah semua negeri yang mempunyai masalah air, bukalah jalan buat kami semua,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, terdapat pusat dialisis dan klinik yang juga memerlukan pertolongan daripada beliau dan berharap agar orang ramai boleh mendoakan usahanya agar dipermudahkan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan gangguan bekalan air di Selangor, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca