e-Tunai Rakyat: Insentif RM30 Boleh Ditebus Mulai 15 Januari Ini

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak untuk menerima bantuan e-Tunai bernilai RM30 dalam bentuk e-dompet (eWallet). Bantuan ini boleh ditebus mulai 15 Januari sehingga 14 Mac 2020.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, pemberian bantuan e-dompet ini adalah bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat Malaysia melakukan transaksi pembelian nirtunai.

“Inisiatif ini juga selari dengan transformasi digital pada masa kini,” kata beliau seperti dilaporkan Bernama.

Dalam Belanjawan 2020, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk program insentif e-Tunai yang bakal memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia. Antara aplikasi yang terpilih untuk pelaksaan program e-dompet itu ialah Touch ‘n Go, Boost dan GrabPay. Kredit e-Tunai RM30 boleh ditebus menerusi salah satu daripada aplikasi berkenaan.

Para pengguna boleh menggunakan kredit e-Tunai RM30 itu untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang tersedia menerusi e-dompet pilihan mereka sepanjang tempoh program iaitu bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020.

Untuk baca artikel lain berkenaan Belanjawan 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca