Duta Indonesia Mendakwa Pembantu Rumah Warga Indonesia Dilayan Seperti ‘Hamba’ Di Malaysia

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono  telah mendakwa bahawa ramai rakyat negaranya yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah dilayan seperti ‘hamba moden’.

Namun demikian, warga Indonesia yang bekerja dalam bidang yang sama di negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan tidak mengalami penindasan seperti yang berlaku di Malaysia ini.

Terdapat banyak kes pembantu rumah Indonesia yang terpaksa bekerja selama bertahun-tahun tanpa gaji, tanpa rehat, mengalami penderaan fizikal dan sebahagiannya pula telah diambil dokumen peribadi.

Hermono turut merujuk kes yang terjadi baru-baru ini apabila pembantu rumah tidak dibayar gaji selama hampir 10 tahun kerana majikannya memberi alasan bahawa dia telah diberi makanan dan tempat tinggal secara percuma.

“Itu adalah contoh perhambaan atau kerja paksa zaman moden. Kami mempunyai pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tetapi kami tidak mempunyai masalah serius seperti di sini (di Malaysia). Jadi mengapa kita mempunyai masalah ini di sini?”

Hermono berkata bahawa kedutaan Indonesia tahun lalu telah membantu dalam 206 kes dengan 40 kes kini di mahkamah. Kedutaan itu juga berkata telah membantu 16 pembantu rumah tahun ini mendapatkan lebih daripada RM300,000 gaji yang belum dibayar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca