Dunia Bebas COVID-19 Mungkin Ambil Masa 10 Tahun, Saintis Bimbang Jangkitan Bermusim

Menurut bekas setiausaha luar Britain, David Miliband, dunia bebas daripada wabak COVID-19 mungkin mengambil masa sedekad melainkan masyarakat antarabangsa melakukan pemvaksinan.

Miliband yang kini merupakan Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa berkata, beliau berasa bimbang tempoh tersebut boleh menjadi lima atau 10 tahun selagi tiada penemuan vaksin untuk pandemik itu.

Ini berikutan para saintis mendakwa COVID-19 tidak mungkin dapat dibasmi dan mungkin berulang setiap tahun seperti musim selesema.

Pakar China turut meramalkan yang sama sebagaimana peringatan oleh Ketua Pengawai Perubatan United Kingdom, Profesor Chris Whitty pada minggu lalu.

“Negara itu tidak mungkin kembali normal sehingga vaksin dapat dijumpai seperti yang diperlukan untuk selesema”, kata Profesor Whitty.

Sementara itu, penyelidik virus dan perubatan China memberitahu wartawan di Beijing bahawa virus berkenaan tidak mungkin hilang seperti SARS kerana ia dapat menjangkiti pembawanya yang tidak tahu mereka mempunyai gejala dan menjangkitinya secara senyap kepada orang lain.

Mereka berkata, pengawai kesihatan China masih mengesahkan puluhan pembawa asimtomatik dicatatkan setiap hari.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca