“Dulu Ada Yang Pandang Sinis Si Pemakai Niqab, Sekarang Semua Gelisah Cari Topeng Muka.” – Fakhrul UNIC

Penularan wabak koronavirus atau nama rasminya, COVID-19 kian membimbangkan di mana statistik terkini menunjukkan seramai 126,317 orang telah dijangkiti virus berkenaan di seluruh dunia. Jumlah kematian akibat wabak ini dilaporkan sudah mencecah 4,620 kes di mana ia membabitkan 124 buah negara termasuklah Malaysia.

Rata-rata Muslim melihat penularan COVID-19 ini sebagai satu ujian dan peringatan daripada Allah SWT agar kita semua kembali kepada-Nya.

Salah seorang daripada anggota kumpulan nasyid terkenal tanah air, UNIC iaitu Fakhrul atau nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin telah berkongsi satu hantaran yang cukup menyentuh perasaan dan meniup rasa keinsafaan buat sesiapa sahaja yang membacanya di laman Instagram rasminya.

Perkongsian itu berkait rapat dengan penularan wabak COVID-19. Menurut Fakhrul, Allah menghantar perkara-perkara kecil yang tidak kelihatan pada dasarnya untuk kita semua berfikir.

Hantaran tersebut berjaya mencuri perhatian warganet di mana ia telah mencatat hampir 40,000 tanda suka. Tinjauan kami di ruangan komentar mendapati beberapa rakan artis termasuklah pengacara terkenal tanah air, Neelofa turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan coretan masing-masing.

“Terima kasih atas peringatan yang indah ini,” tulis Neelofa.

Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada pengguna laman Instagram yang lain:

“Islam adalah agama bagi mereka yang berfikir,” coret @ismeenurain.

“Banyak hikmah yang Allah sembunyikan dalam hidup ini,” tulis @s07ian_adnan.

“Allahuakbar. Banyak yang tersirat Allah turunkan,” kata @nieza_ahmad81.

“Semua di atas ini betul. Terima kasih ingatkan kami yang sentiasa dalam kekhilafan,” ucap @miss_hunnysugar.

Semoga kita semua terus tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT ini. Setiap yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah-Nya.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca