Dukung Anak Keluar Dari Kereta Terbalik, Video Ikmal Amry Ini Runtun Hati Warganet

Pelakon Ikmal Amry menyifatkan kemalangan yang dialami dirinya dan keluarga di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada Sabtu lalu sebagai pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Gantung The Series itu mengaku bahawa dia tidak dapat menerima kesilapan dirinya memandu walaupun badan kurang rehat selepas menjalani penggambaran sehingga pukul tujuh pagi.

Walau bagaimanapun, Ikmal bersyukur kerana Allah SWT menyelamatkan dirinya, isteri dan anak perempuannya serta dua buah kenderaan yang terlibat.

Sumber: Instagram @ikmalamry

“Pengalaman pahit yang memberi seribu makna dan pengajaran buat diri ini. Tidak akan aku lupakan setiap detik yang terjadi.

Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibatkan jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas.

Untuk aku berfikir dan sedar atas kekhilafan ini. Tak dapat aku bayangkan ketika detik tersebut berlaku di saat isteri dan anakku ada bersamaku. Aku cuma fikirkan mereka dan yang terlibat selamat sahaja.

Terima kasih buat insan-insan yang berhati mulia yang menolong aku di saat aku memerlukan tak kira bangsa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” ujarnya.

Sumber: Instagram @ikmalamry

Dalam pada itu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali tampil membuat permohonan maaf sekali lagi kerana telah menyebabkan kemalangan jalan raya berkenaan dan dia berharap agar insiden ngeri itu ‘membuka mata’ ramai orang untuk lebih berhati-hati.

“Sekali lagi maaf daripada insan yang penuh dengan dosa ini. Semoga kalian mengambil ikhtibar dan pengajaran atas perilaku yang telah aku lakukan. Aku hanya manusia yang tidak lari daripada kesilapan,” tambahnya.

Ikmal turut memuat naik video yang memaparkan dia sedang mendukung anak perempuannya manakala isterinya merangkak keluar daripada kereta mereka yang sudah terbalik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca