Duit ‘Terbang’ Di Lebuh Raya, Ramai Pemandu Cuba Untuk Mengambilnya

california

Sebuah trak berperisai dikerumuni pemandu lebuh raya California, Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh wang yang bertebaran di seluruh jalan tersebut.

Salah satu pintu trak dilaporkan terbuka menyebabkan beg wang tunai itu terjatuh di atas jalan raya sekitar jam sembilan pagi.

Sejumlah besar duit telah terjatuh dari kenderaan itu lalu pemandu lain mula memberhentikan kenderaan mereka.

Cubaan mereka untuk mengambilnya terhenti apabila polis bertindak menahan dua individu yang terlibat.

Ketika kejadian itu berlaku, terdapat seorang fitness influencer telah merakam detik tersebut dan menghantar ke dalam akaun Instagram miliknya.

Sedutan video yang tular itu menunjukkan beberapa orang sedang mengutip wang di jalan kemudian memasukkannya di dalam pakaian dan poket mereka. Beberapa orang turut melemparkan wang itu ke udara sebagai tanda meraikannya.

Menurut Peronda Lebuhraya California (CHP), beberapa video yang dimuat naik dalam talian menunjukkan orang ramai mengambil wang tunai itu telah dijadikan sebagai bahan bukti. CHP berkata mereka kini bekerjasama dengan FBI susulan kes ini.

Walaupun ada sesetengah yang berjaya meninggalkan tempat kejadian dengan mengambil wang tunai itu namun masih ada juga yang memulangkan semula kepada CHP.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca