“Duit Komisen Tak Berkat,” Wanita Ini Tuduh Ejen Dan Pemegang Insurans Putuskan Tawakal Kepada Allah

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak muat naik ciapan di Twitter buruk padahnya. Itulah kisah seorang wanita apabila pandangan yang dilontarkan mengenai insurans menerusi Twitter mengundang kritikan ramai pengguna laman sosial itu.

Menerusi satu bebenang yang dikongsi pada Ahad lepas, wanita berkenaan dengan lantang sekali menyifatkan mereka yang menjual atau mengambil pelan perlindungan insurans sebagai satu tindakan yang memutuskan tawakal kepada Allah SWT.

Menurutnya, meskipun menjaga nyawa ada terkandung dalam suruhan agama Islam tetapi tindakan mengambil insurans sekali gus membuatkan seseorang itu terlalu yakin bahawa mereka langsung tidak perlu memikirkan soal wang apabila jatuh sakit nanti.

Dalam bebenang yang sama, wanita itu turut mengatakan yang dia berani jamin bahawa duit komisen yang ejen insurans peroleh sama sekali tidak berkat.

Jelasnya, dia juga pernah mengambil pelan insurans perubatan suatu ketika dahulu tetapi mengambil keputusan untuk menghentikannya atas permintaan suami. Tegas wanita itu, kenapa perlu bergantung pada insurans sedangkan kita (umat Islam) ada Allah SWT?

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut mendakwa insurans hanya akan merumitkan keadaan apabila pemegang insurans meninggal dunia kelak. Katanya, pengebumian arwah akan tergendala dan ini sekali gus akan membuatkan jenazah terseksa.

Di penghujung bebenang itu, dia turut mengatakan apabila seseorang itu mengambil perlindungan insurans, Allah SWT akan nampak yang insurans didahulukan berbanding tanggungjawab kepada-Nya. Maka, ujarnya, tidak hairanlah mengapa seseorang itu ditimpa pelbagai penyakit berikutan meletakkan Allah nombor dua.

Pandangan yang disuarakan wanita berkenaan telah menimbulkan amarah orang ramai. Semasa artikel ini ditulis, bebenang tersebut telah mencatat hampir 8,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka. Tinjauan kami mendapati rata-rata warga Twitter tidak ketinggalan untuk meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen. Majoriti daripadanya memang menentang sekeras-kerasnya pandangan wanita itu.

Sumber: Instagram Junaida Rahim

Kami telah menghubungi pengasas agensi insurans Junaida Associates & Consulting (JAC.KL) iaitu Junaida Rahim atau lebih mesra disapa sebagai Kajun untuk mendapatkan pandangan beliau berkenaan isu yang sedang tular ini.

Menurut Kajun, tiada istilah seseorang itu memutuskan tawakal kepada Allah SWT apabila mengambil perlindungan insurans. Tidak dinafikan, memang benar setiap umat Islam wajib bertawakal kepada Allah SWT. Tetapi, tawakal di sini bukannya bermaksud berserah dan reda secara kosong. Agama Islam sendiri mewajibkan umatnya untuk mencari ikhtiar lain serta menimbangtara dengan ilmu dan iman.

Jadi, perlindungan insurans di sini adalah salah satu bentuk ikhtiar yang boleh meringankan beban kita pada masa depan kerana tiada siapa tahu apa yang bakal kita hadapi kelak. Adanya insurans bukanlah tanda kita putuskan pengharapan pada Allah SWT tetapi ia sekadar backup plan.

Malah, ada insurans yang patuh syariah iaitu Takaful. Menerusi pelan Takaful, ada orang sakit lain yang mendapat manfaat di sebalik apa yang kita bayar setiap bulan. Dengan ini, kita secara tidak langsung mendapat pahala sedekah dan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Dalam erti kata lain, tawakal harus selari dengan usaha. Selepas kita sudah usaha sebaik mungkin, barulah kita letakkan sepenuhnya tawakal kepada Allah SWT. Bukannya kosong tanpa sebarang ‘bekalan’ dan terus tawakal.

Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut berkenaan insurans dan Takaful, anda boleh menghubungi Kajun sendiri di talian 013-3383699 atau layari www.kaverlah.com. Selain itu, peluang untuk menjana pendapatan dengan pelan Takaful turut ditawarkan berserta latihan dan bimbingan di JAC.KL.

Doa, usaha dan tawakal.

Artikel Lain Untuk Di Baca