Duduk Terlalu Lama Boleh Menyebabkan Punggung Menjadi Leper Bak Plywood?

Bila tanya sahaja mana-mana perempuan, pasti majoriti mahukan bentuk punggung yang montok dan melentik seperti Kim Kardashian dan Kylie Jenner.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa duduk di atas kerusi terlalu lama iaitu lapan jam atau lebih boleh menyebabkan aset berharga itu menjadi leper.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ahli terapi fizikal iaitu Abby Bales di mana semakin lama seseorang itu duduk tanpa melakukan apa-apa pergerakan di bahagian punggung, maka kemungkinan besar mereka akan mempunyai kesukaran untuk mengekalkan bentuk pinggul. Dalam erti kata lain, lebih banyak duduk maka lebih tinggilah risiko untuk memiliki punggung leper.

Jadi, macam mana nak atasi perkara ini? Lagi-lagi mereka yang bekerja di pejabat. Memang duduk atas kerusi menghadap laptop atau komputer setiap masa. Balik kerja memang tiada masa untuk bersenam, sedar-sedar dah pagi. Begitulah rutin harian kebanyakan individu yang bekerja.

Apa yang anda semua boleh lakukan adalah dengan hanya berdiri atau berjalan di sekitar pejabat selama lima minit setiap jam. Ini akan membantu untuk meningkatkan keanjalan pinggul selain mengaktifkan otot-otot bahagian itu supaya ia tidak leper.

Bagi mereka yang terlampau sibuk mengejar deadline hingga tiada masa untuk rehat setiap jam, Bales mencadangkan supaya meletakkan kusyen pada belakang kerusi. Selain itu, Bales juga menggalakkan mereka untuk berjalan ke tempat kerja berbanding memandu. Tapi tengok pada jarak juga. Janganlah paksa diri anda kalau tidak mampu.

Kesimpulannya, bersenam bukan bermaksud anda perlu pergi gimnasium atau taman. Sambil kerja pun boleh bersenam juga. Selain memastikan punggung anda tidak akan menjadi leper bak plywood, bersenam juga dapat meredakan tekanan mental dan fizikal yang anda hadapi berkaitan kerja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca