Search
Close this search box.

Dubai Negara Mewah, Fakta Yang Jarang Diketahui Ramai

Tahukah anda masyarakat dunia kerap kali menggangap Dubai sebagai tempat pelancongan yang menawarkan kemewahan dan kemegahan? Hal ini telah menyebabkan Dubai diangkat sebagai tempat pelancongan keempat terpopular di dunia apabila hampir 16 Juta pelancong mengunjungi Dubai pada tahun 2014.

Dubai seringkali dianggap sebagai sebuah negara yang mewah dan unik dari segi pembinaan pencakar langit mereka. Namun kebenarannya, Dubai merupakan salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk negara Emiriah Arab Bersatu (UEA) di bahagian selatan semenanjung Arab yang dibangunkan pada tahun 1971 setelah bebas dari penjajahan Inggeris.

Dubai merupakan bandar kedua terbesar selepas Abu Dhabi dan mempunyai penduduk yang teramai. Kebanyakkan keuntungan amiriah adalah berdasarkan dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA) dan semestinya dari sektor pelancongan. Ini kerana, Dubai merupakan sebagai salah satu pintu masuk utama untuk ke negara tersebut dan dikatakan sebagai pusat transit tersibuk di dunia di mana 88 orang juta per tahun melawati Bandar International Dubai.

Sumber: cms production

Setelah terbinanya Burj Khalifa yang ketinggian setinggi 828 meter, kini kota padat itu sedang giat membangunkan gedung belanja yang terbesar di dunia. Luas bangunannya mencapai lebih dari setengah juta meter persegi atau tepatnya 743.224 meter persegi. Maka itu tidak hairanlah apabila kemudahan yang disediakan di pusat belanja milik Dubai Holdings ini digelar sebagai ‘Mall Of The World’.

Sumber: esquireme

Fakta yang jarang-jarang kita dengari adalah negara Dubai mempunyai satu kaedah untuk mengukur kebahagiaan di negara mereka sendiri. Digelar sebagai The Happiness Meters, pengukuran kebahagiaan ini adalah berdasarkan digital dalam mengukur emosi rakyat serta pelancong.

Dengan menggunakan kamera apa sahaja seperti kamera komputer riba, buat pertama kali perisian ini akan mengecam wajah anda dan kemudiannya otot di muka. Lalu pengecaman ini akan menganalisis 64 bingkai sesaat dan akan menterjemahkan pergerakan wajah anda menjadi satu daripada tujuh emosi untuk melihat apakah anda gembira.

The Happiness Meter adalah salah satu inisiatif ‘bandar pintar’ pertama di Dubai yang mana merupakan mesin tangkapan pertama di dunia yang digunakan untuk mengukur kesejahteraan rakyat. Ia telah dilancarkan di lebih 40 jabatan kerajaan dan telah mendapat lebih dari dua juta undian semenjak dilancarkan.

Dipercayai Dubai telah mensasarkan sebanyak 95 peratus sasaran kebahagian menjelang tahun 2021 dengan harapan kebahagiaan akan terus memberi kesan positif terhadap perniagaan dan ekonomi kota mereka.

Penulis:

  • Muhamad Farizan Aizan Bin Mohd Razi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Jalinan Industri (ICAN) dan Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Dubai, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca