Dua Wanita Ini Mengembalikan Budaya ‘Hidden Hantaran’ Daripada Zaman Dahulu

Hantaran perkahwinan memang sudah menjadi satu budaya untuk orang Melayu. Tidak kira anda berkahwin di kampung ataupun bandar, hantaran memang sudah menjadi kewajipan untuk orang Melayu dalam majlis perkahwinan. Ada yang mengatakan hantaran ini sebenarnya diadakan untuk menunjukkan kekayaan daripada kaum lelaki, supaya orang ramai lebih yakin dengan latar belakang pengantin lelaki itu, adakah pendapat ini benar?

Walau apa jua jenis hantaran itu dilakukan, pasti ia memeningkan ibu bapa kepada pasangan kaum lelaki dan juga wanita. Terutamanya bila anak jiran tetangga mereka yang sudah berkahwin membuat hantaran beratus ribu ringgit, pasti ini akan merisaukan ibu bapa pasangan tersebut kerana takut akan kata-kata makcik bawang di majlis itu nanti.

Sekarang ini, anda tidak perlu risau lagi. Kerana dua wanita ini telah mengembalikan zaman ‘Hidden Hataran’ yang pernah dilakukan pada suatu ketika dahulu. Sebagai salah satu cara untuk memperingati budaya Melayu yang hampir dilupakan, Billa dan Syaza mereka cipta beberapa kain batik yang unik di bawah syarikat yang dipanggil LOCCO.

Mereka mengambil inspirasi daripada minat yang mendalam terhadap memorabilia dan barang antik retro. Selain daripada itu, mereka juga melewati beberapa kepingan gambar-gambar lama untuk menjadikan sebagai inspirasi produk ini.

Dengan ini, anda tidak perlu risau lagi. Buatlah hantaran sebanyak mana pun, yang penting kebahagiaan di dalam rumah tangga terjamin.

Kredit – Locco

Artikel Lain Untuk Di Baca