Dua Lelaki Didapati Bersalah Kes Kematian Tangmo Nida

Selepas setahun lebih kes kematian pelakon wanita Thailand, Pattharathida Patcharaweerapong (Tangmo) terjatuh ke dalam sungai akhirnya terjawab.

Sumber: Gempak

Sebuah mahkamah di Nonthaburi, Thailand telah membuat keputusan kes kematian Tangmo Nida melibatkan dua orang lelaki yang didapati bersalah.

Dua lelaki bersalah kerana mengendalikan bot tidak berlesen secara cuai hingga menyebabkan kematian mangsa

Sumber: Sinar Plus

Siasatan mendapati Thanatphat Lertthawiwit atau Por, 33, bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan serta denda 128,000 baht (RM16,955).

Bagaimanapun, memandangkan Por menunjukkan niat untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa, mahkamah mengurangkan separuh hukumannya.

Mahkamah mengurangkan hukumannya kepada penjara dua tahun sembilan bulan dan denda 64,000 baht (RM8,477). Dia juga perlu melakukan khidmat masyarakat selama tiga tahun.

Bagi Robert Boonchieng Pipatnuntakul, mahkamah mendapati dia juga bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun, empat bulan dan denda 18,000 baht (RM2,384).

Seperti Por, Robert juga menunjukkan hasratnya untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Oleh itu, mahkamah mengurangkan tempoh penjaranya kepada dua tahun dua bulan dan denda kepada 5,400 baht (RM715).

Selain itu, dia juga mesti memenuhi tempoh parol selama tiga tahun di mana dia akan melaporkan diri kepada mahkamah dan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat.

Kematian tragis Tangmo tahun lalu telah menggemparkan industri hiburan Thailand dan dunia yang banyak menarik perhatian terhadap kes ini.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca