Dua Bulan Selepas Menerima Jantung Babi, Warga Emas Meninggal Dunia

Seorang warga emas yang telah menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia kelmarin, selepas dua bulan pembedahan tersebut.

David Bennet, 57, meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC). Menurut pihak hospital, kesihatan warga emas itu mulai merosot sejak beberapa hari lalu.

Terdapat petanda yang jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih dari keadannya itu.

Penerima jantung babi, David Bennet, (kanan) bersama Pakar bedah Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC), Bartley P Griffith sebelum menjalani pembedahan. Sumber: Berita Harian

Muhammad Mohiuddin, Pengarah Program Pemindahan Kardiak universiti tersebut berkata dalam satu kenyataan, bahawa Bennet ada mengalami beberapa ‘masalah jangkitan’.

“Kami menghadapi kesukaran mengimbangi kadar kekurangan imuniti pesakit dan mengawal jangkitan yang dialami,” katanya.

Namun, sebelum pemergiannya, Bennet sempat untuk berkongsi saat-saat terakhirnya bersama ahli keluarga.

Untuk pengetahuan anda, prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ini dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland. Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Prosedur ini secara tidak langsung merekodkan kejayaan pertama dalam bidang yang memungkinkan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.

Sebelum prosedur ini, terdapat saintis lain pada tahun lalu telah memindahkan ginjal babi yang diubah suai secara genetik kepada pesakit manusia yang mati otak. Dicatatkan ginjal ganti itu berfungsi dengan normal.

Sebelum ini terdapat pembedahan pemindahan ginjal babi yang diubah secara genetik kepada pesakit manusia.

Prosedur-prosedur ini sekaligus meningkatkan harapan untuk melakukan pemindahan organ antara spesies. Kemungkinan suatu hari nanti organ hidupan lain dapat mengatasi masalah kekurangan kritikal pendermaan organ manusia.

Tambah Mohiuddin, setelah mendapat ‘pelbagai maklumat berharga’ daripada pengalaman merawat Bennet, pasukannya kekal positif untuk melakukan ujian klinikal bagi pemindahan seumpamanya di masa depan.

Untuk baca artikel-artikel yang berkitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca