
Sebuah tren berhampiran kawasan laluan Kelana Jaya telah rosak dan ditunda dengan kelajuan 20 km/jam.
Difahamkan, pada masa yang sama, terdapat sebuah lagi tren yang membawa 214 penumpang berserta pemandu dalam perjalanan arah yang sama. Tren bernombor 81 ini dipandu dengan kadar kelajuan 40 km/jam.
Menurut Azhar Ghazali, kerja-kerja menyelamat dan memberikan bantuan sedang giat dijalankan serta memohon mangsa agar bertenang dan mematuhi segala arahan. Beliau mewakili pihak pengurusan memohon maaf atas segala kebimbangan dengan apa yang berlaku.
Menurut beliau lagi, pihaknya akan berusaha menyalurkan bantuan dengan kadar segera bagi mengawal keadaan. Memetik laporan asal AWANI.
Kedua-dua tren bertembung sehingga mengakibatkan 47 penumpang mengalami kecederaan parah sementara 166 lagi hanya cedera ringan. Semua mangsa yang terlibat telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital yang berhampiran.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, satu task force akan dibentuk untuk menyiasat perkara ini. Hal ini kerana sepanjang tempoh 23 tahun LRT dilaksanakan dalam negara, kejadian seumpama ini belum pernah berlaku.
“Sudah tentu task force ini, saya akan meminta kerjasama yang terlibat untuk meneliti sekali gus memperinci hasil siasatan mengenai apa dan bagaimana ianya boleh berlaku. Adakah punca berlaku disebabkan kecuaian atau masalah teknikal”, katanya lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu entri di laman sosial Facebook, beliau difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan sedang berada di tempat kejadian.
Perkara ini merupakan kemalangan yang serius. Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Berhad perlu melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kemalangan ini. Tidak lupa juga tindakan tegas harus diambil dengan kadar segera, jelas beliau menerusi satu lagi entri yang ditulis di laman sosial Facebook.
Semua penumpang yang cedera sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan. Bukan itu sahaja, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan menerusi satu ciapan di Twitter AskRapidKL.
Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81.
— AskRapidKL (@AskRapidKL) May 24, 2021
Our team is mobilising help and rescue assistance right now. Please stay calm and follow instructions.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: