Dua Beradik Terkejut Besar, Ular Sawa Jatuh Dari Siling Bilik Tidur

Dua Beradik Terkejut Besar, Ular Sawa Jatuh Dari Siling Bilik Tidur

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Emma menceritakan saat-saat menakutkan apabila dia dan adiknya ketika tidur ditemani seekor ular di rumah mereka baru-baru ini.

Kejadian berlaku lebih kurang pada jam 3 pagi apabila mereka berdua mendengar seakan ada benda jatuh berhampiran meja solek dalam rumah mereka di Kampung Parit Saniman, Pontian, Johor.

Difahamkan, ketika itu Ummu sudah tidur turut terdengar bunyi tersebut meskipun masih dalam keadaan mamai manakala, adiknya pula bermain telefon bimbit.

Namun, mereka tidak tergerak untuk memeriksanya dan keadaan bilik agak gelap disebabkan sudah menutup lampu.

Adiknya kemudian merasa seperti ada benda yang bergerak namun dia tidak mengendahkan benda tersebut.

Bagaimanapun, dia berasa tidak sedap hati lalu menyuluh menggunakan lampu pada telefon bimbit. Rupa-rupanya, seekor ular naik atas katil dekat hujung kaki mereka.

Kemudian, adiknya terus menjerit dan melompat dari katil. Ummu turut tersedar lalu duduk tetapi dia tidak turun dari katil kerana masih dalam keadaan mengantuk dan mamai.

Dalam pada itu, dia sempat bertanya, dan adiknya memberitahu bahawa ada ular atas katil mereka.

“Mata saya serta merta jadi segar dan terus melompat dari katil. Adik sempat beritahu saya bahawa ular itu menjalar atas kaki kami berdua. Tak boleh saya bayangkan”, kata Ummu yang kemudian berkata mereka segera memanggil ibu bapa mereka.

Memetik laporan Nangtime, ular berkenaan ditangkap dan kepalanya dicengkup oleh bapa Ummu lalu membuangnya di kebun sawit berhampiran rumah mereka.

Menurut Ummu, bapanya tidak seberapa berani berdepan dengan ular kerana ini kali pertama ia masuk ke rumah mereka. Namun bapanya nekad beranikan diri demi keselamatan anak-anaknya.

Selepas itu, Ummu memberitahu bahawa dirinya tidak dapat melelapkan mata hingga jam 6 pagi kerana masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Berkemungkinan besar ular sawa tersebut masuk ke dalam rumah mereka melalui lubang siling bilik.

@ummuemma0509

3.00 am ! Tengah tidur diaa boleh merayap kat kaki 😭

♬ Oh No – Kreepa
Sumber: Tiktok (@ummuemma0509)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca