Dua Beradik Berpelukan Di Olimpik, Terpisah Kerana Konflik Negara

dua-beradik-berpelukan-di-olimpik-terpisah-kerana-konflik-negara
Sumber: Siakap Keli

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai gambar dua atlet sedang berpelukan dalam temasya Sukan Olimpik di Tokyo. Setelah dirungkai, dua atlet tersebut merupakan adik beradik yang berasal dari Syria namun bertanding di Olimpik dengan pasukan yang berlainan.

Mohamad Maso mewakili Syria dalam acara triatlon, manakala adiknya, Alaa terlibat dalam acara renang untuk pasukan pelarian Olimpik, menurut laporan daripada portal CGTN News.

Mereka berpelukan erat kerana baru bertemu selepas bertahun-tahun berpisah kerana konflik di Syria, dakwaan beberapa pengguna media sosial.

Dipercayai dua beradik itu tinggal di Jerman dan meninggalkan Syria pada tahun 2015 untuk berkelana ke Eropah dalam keadaan yang penuh risiko bahaya.

“Mohamad dan Alaa tinggal bersama di Jerman. Mereka tiba bersama di Tokyo dan sebilangan besar keluarga mereka juga masih tinggal di Syria.

“Pelukan itu adalah isyarat spontan antara mereka, tetapi media dan warganet telah menyebarkan kisah itu ‘ke arah’ yang lain,” kata Pengurus Komunikasi Persekutuan Sukan Syria, Safwan al-Hindi.

Difahamkan, Alaa yang berusia 21 tahun itu telah memilik untuk menyertai pasukan pelarian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Safwan turut menegaskan bahawa pasukan Syria tidak menolaknya.

“Pada mulanya, Alaa memaklumkan kepada kami bahawa berenang dapat membantunya bagi mengatasi masalah yang membelenggunya,” kata Safwan.

Temasya Olimpik di Tokyo pada kali ini mempunyai 1001 kisah yang menarik untuk diikuti seperti edisi-edisi sebelum ini. Ada pelbagai lagi peristiwa yang tidak terjangka berlaku selain momen-momen kejayaan atau kekalahan atlet.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca