Drama ‘Princess Hours’ Bakal Dihasilkan Semula Selepas 15 Tahun

Untuk penggemar K-drama, Princess Hours ataupun turut dikenali sebagai Goong yang ditayangkan pada tahun 2006 bukanlah satu nama yang asing kepada mereka.

Memetik laporan Soompi, Jae Dam Media yang bertanggungjawab menguruskan komik asal Goong telah menandatangani kontrak untuk naskhah pembuatan semula (remake) drama pujaan ramai itu bersama Group 8. Dalam erti kata lain, Goong akan diadaptasi ke drama untuk kali kedua.

Untuk pengetahuan anda, Group 8 ialah syarikat produksi sama bertanggungjawab menghasilkan drama Princess Hours pada tahun 2006.

“Walaupun penting untuk terus menghasilkan projek baharu, kami percaya ia sangat mustahak dari sudut pandangan harta intelek untuk memberikan nafas baharu kepada projek bagus yang sedia ada.

Goong akan menjadi kes penting dalam ‘letupan’ harta intelek,” ujar Hwang Nam-yong iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jae Dam Media.

Dibintangi oleh Joo Ji-hoon, Yoon Eun-hye, Song Ji-hyo dan Kim Jeong-hoon, Princess Hours membawa kisah dunia alternatif di mana Korea Selatan diperintah di bawah perlembagaan monarki.

Sumber: Soompi

Putera Mahkota Lee Shin (Joo Ji-hoon) terpaksa berkahwin dengan seorang wanita biasa iaitu Shin Chae-kyeong (Yoon Eun-hye) sebagai sebahagian daripada perjanjian antara kedua-dua datuk mereka.

Walaupun Shin dan Chae-kyeong tidak mempunyai perasaan terhadap satu sama lain pada mulanya, cinta kemudiannya berputik sepanjang hubungan mereka.

Drama ini disukai ramai sehingga ia membuatkan nama para pelakonnya iaitu Joo Ji-hoon, Yoon Eun-hye dan Song Ji-hyo melonjak sehingga ke persada antarabangsa.

Dalam pada itu, Goong turut mempunyai sekuelnya iaitu Goong S (Prince Hours) satu tahun kemudian selain ia juga diterjemahkan kepada pelbagai medium lain seperti novel dan muzikal. Adakah anda teruja dengan berita ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca