Nasib malang menimpa kumpulan Drama Band apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka terlibat dalam satu kemalangan di terowong Jalan Tunku Kudin Pulau Pinang. Peristiwa itu berlaku pada jam 1.30 pagi tadi.
Anggota Drama Band seperti Aepul Roza, Daus dan Fadhil mendapat beberapa kesan calar di bahagian badan akibat gegaran kuat ketika kemalangan. Kereta yang dinaiki mereka mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Menurut Aepul, mereka dalam perjalanan dari Kedah menuju ke rumah penginapan di Pulau Pinang. Secara tiba-tiba sebuah kereta yang didakwa memecut laju telah berlanggar dengan kenderaan yang dinaiki oleh Drama Band.

Mereka sempat keluar daripada kenderaan selepas kemalangan untuk bersua muka dengan pemandu kereta tersebut. Anggota Drama band terhidu bau minuman keras daripada mulut pemandu tersebut.
Namun pemandu tersebut berjaya melarikan diri bersama rakan-rakannya.
Drama Band telah membuat laporan polis tentang kemalangan tersebut. Mereka tidak menjalani rawatan kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Walaupun kemalangan ini telah menyebabkan kenderaan dinaiki mereka hancur, namun Drama Band tetap tidak akan menunda rangka promosi DramaTour 2020.
Drama Band memulakan rangka promosi ini di negeri Perlis pada 13 Mac yang lalu. Acara ini akan berakhir pada penghujung bulan ini.
View this post on InstagramA post shared by Drama Band (@dramabandmy) on
Untuk baca artikel yang berkaitan Drama Band sila klik pautan dibawah: