Drama Band Sindir Najib Dan Rosmah Di AJL34, Ada Pihak Yang Sentap

Persembahan Drama Band dalam majlis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam memang mudah ditafsirkan yang tersirat di sebaliknya.

Tidak hairanlah apabila ada pihak yang suka, tetapi dalam masa yang sama ada pula yang terasa pedih dengan sindiran dipaparkan kumpulan tersebut.

Sewaktu mempersembahkan lagu Drama, kumpulan itu meniru rakaman audio yang didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor pada 8 Januari yang lalu.

Kemudian, muncul dua watak badut, seorang individu lelaki berpakaian korporat dan seorang individu wanita yang berbaju kurung sambil membawa beberapa beg tangan berjalan di karpet merah.

Kedua-dua watak itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.

Sambil berjalan, wanita yang berbaju kurung berkata, “Can I advise you something?”

Ungkapan itu sinonim dengan rakaman audio yang didedahkan Latheefa Koya.

SPRM memutarkan rakaman audio perbualan didakwa maklumat bocor daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib sewaktu beliau masih Perdana Menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Watak badut sering dikaitkan dengan Najib ekoran grafik tular yang direka oleh Fahmi Reza.

Bukan setakat isu Najib dan Rosmah, Drama Band juga mempersembahkan adegan lain seperti kontroversi membabitkan seorang Dewi Remaja yang dilucutkan gelaran juaranya selepas berhibur di kelab malam.

Konklusinya, lagu Drama tersebut menceritakan perilaku seseorang yang sering menagih perhatian dan akhirnya terpalit kontroversi yang memakan diri sendiri.

Untuk baca artikel yang berkaitan selebriti tempatan sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca