Angkasawan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkongsi berita gembira apabila isterinya Dr. Halina Mohd Yunos kini sedang berbadan dua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, figura berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, beliau hilang kata-kata apabila mengetahui isterinya yang berusia 40 tahun itu kini hamil anak kembar dengan usia kandungan mencecah 13 minggu.
“Menjangkakan anak kembar lagi. Alhamdulillah, syukur sangat. Isteri kini hamil 13 minggu dengan kembar. Saya terpaku, teruja dan hilang kata-kata.
“Ia seperti Deja Vu. Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, mereka sudah memiliki sepasang anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun selain dua anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.
Beliau bagaimanapun memberitahu bahawa proses kehamilan serta alahan menjadi cabaran buat isterinya apatah lagi sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bagi merawat pesakit COVID-19.
“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.
“Sukar untuk melihat Dr. Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit COVID-19,” jelasnya.
Menurutnya, pergorbanan isterinya itu sememangnya berhak dihormati dan dihargai.
“Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan adalah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Dr. Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Seluruh team Lejen Digital mengucapkan tahniah kepada pasangan serasi ini dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Dr. Sheikh Muszaphar, anda boleh klik pada pautan di bawah: