Dr Noor Hisyam Beristighfar, Kecewa Pemandu Pentingkan Diri Enggan Berikan Laluan Kepada Ambulans

Dalam satu ciapan di akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa kecewa dengan sifat pemandu yang pentingkan diri dan denggan memberi laluan kepada ambulans.

“Astaghfirullah, masih ada pemandu yang pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak ambulans walaupun siren sudah lama dibunyikan di belakang kereta ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapannya.

Dalam ciapannya itu, beliau turut berkongsi video menunjukkan sebuah ambulans dihalang sebuah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Dr Noor Hisham menyifatkan perbuatan pemandu berkenaan sebagai mementingkan diri sendiri.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa pemandu sebuah kenderaan ulititi, Honda CRV, memandu di lorong paling kanan, sekali gus menghalang ambulans di belakangnya.

Walaupun telah membunyikan siren dan hon kereta itu tetap enggan memberi laluan kepada ambulans di belakang. Pada saat terakhir video berkenaan, pemandu ambulans dilihat terpaksa memotong melalui laluan kiri.

Namun begitu, pemandu yang menghalang ambulans itu kemudiannya menyerah diri kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash, pihak polis kini sedang dalam proses mengambil keterangan berhubung tindakan pemandu tersebut yang dirakam di Lebuhraya PLUS di Kampar.

“Pada masa ini siasatan sedang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak bagi mengetahui motif sebenar dia halang ambulans berkenaan.”

“Berdasarkan keterangan awal, pemilik kereta itu mendakwa kereta berkenaan dipandu bapanya yang mengalami masalah pendengaran walaupun sudah diberitahu ada ambulans dari belakang,” katanya ketika dihubungi pemberita.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan dan akta berkaitan lain dari semua sudut bagi memastikan dakwaan pemilik kenderaan itu benar atau sebaliknya. Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya,” katanya.

Untuk baca artikel-artiel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca