Dr. Noor Hisham Jelas Sebab Perlu Kuarantin Di Rumah Dan Bukan Lagi Di Hotel

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada lagi pusat kuarantin di hotel buat mereka yang pulang dari luar negara. Persoalan itu akhirnya terjawab, apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan ia untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Oleh kerana kos penginapan yang tinggi di hotel, kerajaan telah memutuskan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani tempoh kuarantin di kediaman masing-masing.

Tambah beliau, kaedah itu juga diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Langkah itu diambil selepas mendapati peratusan jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara terlalu kecil.

“Jadi dengan kadar yang rendah, kita rasa ada baiknya kita boleh kuarantin di rumah dan kaedah ini memang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap akan memantau mereka menerusi aplikasi MySejahtera dari semasa ke semasa.

Di samping itu, apabila ditanya mengenai penggunaan hydroxychloroquine, beliau menjelaskan ubat anti malaria itu terbukti membantu memulihkan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan ringan.

Jelasnya lagi, kajian yang dijalankan oleh hospital tempatan juga mendapati hydroxychloroquine, bukan sahaja membantu melambatkan virus bagi kategori empat dan lima, malah ia bantu menghentikan jangkitan itu.

Menurut Dr. Noor Hisham, kajian itu masih dalam proses pengumpulan data dan akan diterbitkan selepas lengkap sepenuhnya.

Untuk membaca artikel lain berkatain COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca