Dr. Noor Hisham Dipilih Sertai Saintis Dunia Dalam Usaha Perangi COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah dipilih untuk menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian dalam memerangi pandemik COVID-19 ini.

Dalam satu kenyataan daripada Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi), Dr. Noor Hisham merupakan salah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinik COVID-19 tersebut.

Menurut DNDi, gabungan ini dapat membantu negara-negara yang terlibat bersama dengan World Health Organization (WHO) dalam membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas daripada semua data yang dikumpulkan dengan cara yang sama.

Memetik laporan Astro Awani, Dr. Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbangga kerana dapat menyertai gabungan ini.

“Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, jadi jika terdapat penyelesaian yang ditemui atau dibangunkan, ia akan tersedia untuk semua pihak menerusi kerjasama ini.

Gabungan ini menggalakkan lebih banyak kolaborasi global dan mendorong keupayaan kami untuk mencari penyelesaian dan memperkuat keupayaan saintifik kami untuk melawan pandemik ini,” ujarnya.

Gabungan ini terdiri daripada para saintis, pakar perubatan, penderma dan pembuat dasar dari 70 institusi di lebih 30 buah negara.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kesihatan dan Sosial Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Havard, Amerika Syarikat, Paul Farmer, Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole dan Saintis Kanan di Universiti of Oxford, Philippe J Guerin.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca