Dr. Maszlee Dijangka Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Pada Hari Ini

Malay Mail melaporkan tiga sumber yang rapat dengan Dr. Maszlee Malik memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan itu akan mengumumkan peletakan jawatan beliau daripada Kabinet pada hari ini.

Menurut sumber tersebut, Dr. Maszlee sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tengah hari 2 Januari.

Seterusnya, seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu Malay Mail bahawa Dr. Maszlee sedang membuat mesyuarat bersama kakitangannya.

The Malaysian Insight melaporkan bahawa Dr. Maszlee akan mengumumkan keputusan beliau dalam sebuah sidang media yang dijangka bakal berlangsung pada petang ini.

Namun, ketiga-tiga sumber berdiam diri apabila ditanya mengenai punca peletakan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang pernah menjadi seorang pensyarah menjawat jawatan Menteri Pendidikan secara rasmi pada 21 Mei 2018.

Sidang media itu dijadualkan bakal berlangsung pada 4.30 petang hari ini di Kementerian Pendidikan yang terletak di Putrajaya.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai Dr. Maszlee Malik, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca