Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina mahupun umur. Meskipun jerawat merupakan sebuah isu fizikal, tetapi ia secara tidak langsung membawa impak yang cukup besar terhadap kesihatan mental dan keyakinan diri seseorang. Kadang-kadang, bermacam-macam produk telah dicuba tetapi masalah jerawat masih belum menemui titik noktah.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi tentang enam bahan yang mampu mengatasi masalah jerawat atau disebut sebagai acne-fighting ingredients menerusi laman Twitter milik beliau.
THE BEST ACNE-FIGHTING INGREDIENTS
— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) August 9, 2020
Acne-fighting agents work by killing acne-causing bacteria, exfoliating dead skin cell, removing excess oil or decreasing inflammation. I’m gonna share the best acne-fighting ingredients that you should look for when treating acne.
THREAD pic.twitter.com/fKMuhjW6yA
Menurut Dr. Irma, acne-fighting agents ‘bekerja’ dengan cara membunuh bakteria penyebab jerawat, menyingkirkan sel kulit mati, membuang lebihan minyak pada wajah dan mengurangkan keradangan pada jerawat. Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat, berikut adalah enam bahan yang perlu ada dalam produk penjagaan kulit anda sepertimana disarankan oleh Dr. Irma:
1. Alpha-hydroxy acids (AHAs)

AHA sangat berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan pori menjadi tersumbat. Penggunaan AHA secara konsisten akan membuatkan kulit menjadi lebih halus dan lembut. Antara contoh AHA termasuklah glycolic acid dan lactic acid. Walau bagaimanapun, Dr. Irma menegaskan bahawa AHA tidak boleh digunakan oleh seseorang yang baru sahaja berjinak dalam rutin penjagaan wajah.
2. Benzoyl peroxide

Benzoyl peroxide berupaya untuk membunuh bakteria, membuang lebihan minyak di samping menyingkirkan sel kulit mati. Ujar Dr. Irma, terdapat beberapa tahap peratusan benzoyl peroxide iaitu 2.5 peratus sehingga 10 peratus. Pemilihannya adalah bergantung kepada keadaan jerawat pada wajah anda.
3. Salicylic acid
Salicylic acid yang menjadi bahan kegemaran Dr. Irma sendiri ini mampu membersihkan liang pori anda. Selain itu, ia juga mempunyai sifat anti-radang yang sekali gus akan membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.
Jika anda mencari krim yang mampu mengecutkan jerawat seawal 24 jam selepas penggunaan, Radiant Clear Derm Purifier yang diformulasikan oleh Dr. Irma sendiri adalah jawapannya. Ia mengandungi salicylic acid dan juga ekstrak neem yang sangat bagus untuk menghilangkan jerawat.
How does it work? Cream ini akan bantu untuk unclogged the pores & fight the bacteria that causing acne. Upon usage, one can see results in as early as 24 hours. Memang highly suggested especially untuk those with oily & acne prone skin. pic.twitter.com/BfphWEieOM
— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) August 8, 2020
Untuk dapatkan Radiant Clear Derm Purifier daripada Dr. Irma Skincare ini, anda boleh klik: shopee.com.my/irmashida/4741737994 atau boleh dapatkan di laman sesawang rasmi Dr. Irma.
4. Sulfur
Sulfur bertindak dengan mengurangkan minyak pada wajah dan juga keradangan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan.
5. Tea tree oil

Tea tree oil merupakan bahan pencegah jerawat semula jadi yang mempunyai sifat antibakteria dan juga anti-radang untuk mengecutkan jerawat.
6. Tanah liat (clay)

Tanah liat juga mempunyai sifat anti-radang yang berupaya untuk mengecutkan jerawat dan mengurangkan pengeluaran minyak buat sementara waktu. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, anda boleh cuba gunakan masker tanah liat (clay mask) seminggu sekali dan jadikan ia sebagai rutin.
Pada penghujung bebenang yang sama, Dr. Irma mengingatkan orang ramai bahawa masalah jerawat adalah normal dan ia sama sekali tidak akan menutupi kecantikan kita semua.
“Acne is hard. Not only physically but mentally too. However, I want you to remember that acne is absolutely normal. It doesn’t take away our beauty. Hang in there!” tulis Dr. Irma.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan tips penjagaan wajah, anda boleh klik pada pautan di bawah: