Bau badan merupakan salah satu masalah yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina mahupun umur. Masalah bau badan ini juga secara tidak langsung boleh meninggalkan kesan yang cukup besar terhadap keyakinan diri seseorang. Pelbagai produk telah dicuba untuk hilangkan bau badan tetapi ia masih belum menemui titik noktah.
Dr. Irma Shida telah berkongsi lima punca bau badan menerusi laman Twitter milik beliau. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga laman sosial itu di mana ia mencatat lebih 1,400 ulang kicau dan 2,000 tanda suka.
PUNCA BAU BADAN YANG TIDAK RAMAI ORANG TAHU
— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) November 1, 2020
Ramai yang selalu kaitkan bau badan dengan kebersihan diri. Apa yang ramai tak tahu ialah bau badan sebenarnya ada kaitan dengan kesihatan kita. Untuk thread hari ni, I akan share punca masalah bau badan yang tak ramai orang tahu. pic.twitter.com/t68CqtT0sH
Menurut Dr. Irma, masalah bau badan ini selalu dikaitkan dengan kebersihan diri. Namun, apa yang tidak ramai orang tahu ialah bau badan sebenarnya mempunyai kaitan dengan kesihatan. Oleh itu, Dr. Irma kongsikan punca sebenar bagaimana ia boleh terjadi:
1. Mulut busuk

Tidak ada sesiapa pun yang mahu mulut mereka berbau busuk. Oleh itu, ramai orang akan membeli gula-gula getah atau penyembur mulut untuk hilangkan bau tersebut namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Menurut Dr. Irma, kajian mendapati bahawa jangkitan kaviti telah menyebabkan 90 peratus daripada individu-individu ini mengalami masalah bau mulut busuk secara berterusan.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa gigi rosak atau terhakis boleh jadi punca mulut berbau. Tambahnya, bakteria membiak di bahagian celah-celah gigi dan lidah boleh buat mulut mengeluarkan bau yang kurang enak.
2. Bau mulut macam buah-buahan

Sekiranya mulut tiba-tiba bau manis seperti buah-buahan, anda perlu mula risau kerana ia merupakan salah satu tanda ketoasidosis diabetik. Ketoasidosis diabetik ialah situasi di mana badan manusia tidak boleh memproses gula kerana ia tidak mempunyai insulin yang cukup.
Ujar Dr. Irma, sistem tubuh manusia akan menggunakan lemak badan sebagai alternatif untuk menggantikan insulin yang seterusnya akan lepaskan ketosis ke dalam darah. Untuk pengetahuan anda, kandungan ketosis yang tinggi dalam darah akan membahayakan nyawa manusia.
3. Peluh berbau
Ramai orang menyangka bahawa bau badan datang daripada peluh. Peluh manusia sebenarnya tidak mempunyai bau. Apa yang menyebabkan peluh itu berbau kerana ia bercampur dengan bakteria yang akan membuatkan peluh itu menjadi asid.
Sekiranya bau badan terutamanya bahagian bawah lengan itu membuatkan orang sekeliling tidak selesa, Dr. Irma menjelaskan bahawa ia mungkin ada kena-mengena dengan hormon.
Sekiranya anda atau rakan-rakan mempunyai masalah ini, ubah cara pemakanan yang lebih sihat ataupun guna larutan tawas untuk atasi masalah bau badan.
Larutan tawas sekiranya digunakan secara berterusan akan membuatkan bahagian bawah lengan anda menjadi lebih wangi secara semula jadi. Tawas mampu mengatasi masalah bau badan dan boleh mencegah bahagian bawah lengan daripada menjadi hitam pada masa yang sama.
Antara produk yang disarankan Dr. Irma adalah deodoran yang diformulasikan oleh beliau sendiri iaitu Deodorant Spray keluaran Dr. Irma Personal Care.

Deodorant Spray ini boleh didapati dengan harga RM13 di Shopee: shopee.com.my/DEODORANT-SPRAY-50ml
4. Bau kaki

Untuk pengetahuan anda, kaki manusia mempunyai lebih kurang 250,000 kelenjar peluh di kedua-dua belah. Bakteria yang membiak dekat kaki telah bertindak balas dengan tukar peluh jadi asid. Atas sebab itu, kaki tiba-tiba berbau busuk kerana peluh manusia sebenarnya tidak mempunyai bau.
Apa yang anda perlu tahu ialah kemungkinan untuk jangkitan bakteria adalah tinggi sekiranya tidak menjaga kebersihan kaki. Ini kerana bakteria dekat kaki cukup suka stoking dan kasut bertutup. Jadi, cara terbaik untuk hilangkan bau dekat kaki ialah anda perlu rajin tukar stoking dan tidak boleh menggunakan kasut sama setiap hari.
Dr. Irma mencadangkan penggunaan foot spray untuk matikan segala jenis kuman dan pastikan kaki sentiasa bersih sekiranya anda terpaksa menggunakan kasut serta stoking yang sama setiap hari.
Antara produk disarankan oleh Dr. Irma ialah Kasuki Spray keluaran Dr. Irma Personal Care yang memang terbukti berkesan untuk individu mempunyai masalah kaki berbau.

Anda boleh dapatkan Kasuki Spray dengan harga RM13 di Shopee: shopee.com.my/KASUKI-SPRAY-50ml-(foot-shoe) atau di laman sesawang Dr. Irma.
5. Kentut busuk

Kembung perut ini merupakan satu perkara yang biasa untuk sistem penghadaman manusia. Ramai orang akan membuang angin kira-kira 10 sehingga 20 kali setiap hari.
Namun, apa yang membuatkan kentut berbau busuk kerana anda mungkin mempunyai masalah penghadaman atau ia turut terdedah pada kuman atau bakteria dalam perut.
Menurut Dr. Irma, kembung perut ini boleh terjadi sekiranya anda makan terlalu laju sehingga tertelan banyak udara. Selain itu, kolon tidak boleh memproses makanan yang ditelan sehingga ia seolah-olah terapung atau masalah sembelit juga boleh membuatkan anda mengalami kembung perut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: