Dr. Irma Kongsi 4 Cara Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat

Jerawat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina mahupun umur. Walaupun jerawat adalah sebuah isu fizikal, ia secara tidak langsung meninggalkan kesan yang cukup mendalam terhadap kesihatan mental dan keyakinan diri seseorang.

Masalah jerawat masih belum menemui titik noktah walaupun telah cuba bermacam-macam produk. Baru-baru ini, Dr. Irma Shida telah berkongsi tentang empat cara yang mampu mengatasi masalah jerawat menerusi laman Twitter milik beliau.

Menurut Dr. Irma, jerawat selalunya akan lagi cepat naik apabila liang pori sudah tersumbat. Untuk pengetahuan anda, liang pori akan tersumbat kerana ada lebihan minyak dan sel kulit mati di dalamnya.

Bakteria P.acnes ini pula akan bertambah kerana lebihan minyak dalam liang pori. Pengasas Dr. Irma Skincare & Cosmetics ini turut menjelaskan bahawa bakteria P.acnes ialah salah satu punca kulit selalu akan jadi lagi pedih dan jerawat lagi cepat naik.

Sumber: Instagram @drirmashida

Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat, berikut adalah empat cara yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sepertimana disarankan oleh Dr. Irma:

1. Minyak pokok teh  

Minyak pokok teh memang sudah lama terbukti berkesan untuk membuatkan masalah jerawat cepat hilang. Ia mampu lawan bakteria dan membuatkan kulit anda kurang pedih pada masa yang sama.

Menurut kajian, minyak pokok teh ini akan buat jerawat cepat kecut apabila ia disapu pada kulit. Anda boleh juga pakai produk yang ada ekstrak minyak pokok teh sebagai bahan utama.

2. Lidah buaya

Secara kebiasaannya, ramai orang menggunakan lidah buaya untuk merawat kulit yang melecet, ruam dan luka. Lidah buaya ini akan buat kulit anda rasa sejuk dan tidak pedih langsung.

Lidah buaya terbukti berkesan untuk buat jerawat cepat hilang kerana ia ada salicylic acid dan sulfur di dalamnya. Sulfur akan keringkan permukaan kulit anda supaya ia mampu serap lebihan minyak yang jadi punca penyumbang jerawat.

Sulfur akan lawan bakteria penyebab jerawat dan menyental habis sel kulit mati serta lebihan minyak dalam liang pori. Salicylic acid akan bersihkan liang pori dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga mempunyai sifat anti-radang yang sekali gus akan membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

3. Eksfoliasi

Seperti yang semua sedia maklum, sel kulit mati yang buat liang pori dekat muka tersumbat. Atas sebab itu, kulit anda akan jadi kusam dan kelihatan tidak bermaya apabila sel kulit mati telah berkumpul dalam liang pori.

Jadi, anda perlu exfoliate dua sehingga tiga kali seminggu supaya liang pori akan jadi lebih bersih. Apabila liang pori sudah bersih, jerawat akan lagi cepat naik. Menurut Dr. Irma, jerawat akan lagi cepat naik sekiranya anda malas sental.

Untuk Dr. Irma, beliau akan menggunakan Papaya Soap sebagai exfoliator kerana sabun tersebut boleh digunakan pada muka dan badan. Sabun betik akan sental semua sel kulit mati daripada liang pori.

Jerawat pun akan beransur-ansur hilang dengan syarat anda perlu pakai sabun betik secara konsisten. Ini kerana betik mengandungi enzim papain dan chymopapain yang memang tidak akan buat kulit rasa pedih langsung.

Papain akan hilangkan keratin rosak dekat muka. Keratin yang rosak akan membuatkan muka anda mempunyai banyak lebam kecil. Pengasas Dr. Irma Skincare itu turut menjelaskan bahawa betik akan hilangkan lebam kecil yang berpunca daripada keratin rosak.

Untuk dapatkan Papaya Soap, anda boleh klik: shopee.com.my/PAPAYA-SOAP-DR-IRMA-40gm-i.44516143.5541746644 atau boleh kunjungi laman web Dr. Irma untuk membuat pembelian.

4. Rajin bersenam

Peredaran darah akan jadi lebih baik apabila anda rajin bersenam. Untuk senaman pula, banyak yang anda boleh lakukan seperti berjalan, berlari atau angkat berat.

Senaman sebenarnya mempengaruhi pelbagai faktor yang akan buat jerawat cepat hilang. Ini kerana senaman akan buat peredaran darah jadi lagi baik dan mampu mengurangkan tekanan. Jadi, jerawat pun lagi cepat hilang.

Pada penghujung bebenang yang sama, Dr. Irma mengingatkan orang ramai untuk bertemu doktor sekiranya masalah jerawat mereka sangat teruk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan tips penjagaan wajah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca