Di saat negara memerlukan pelbagai bentuk bantuan termasuk untuk rakyat yang memerlukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun begitu, ada seorang wartawan daripada satu agensi telah memberikan informasi yang salah dalam usaha Tabung Musa’adah COVID-19 ini dengan memberi kenyataan ia hanya untuk Muslim. Hal ini membuatkan warganet tidak berpuas hati di atas cubaan memutar belit perkara kerana ia boleh membuatkan berlakunya salah faham di antara kaum yang lain.
Sejurus itu, Senator Datuk Dr Dzulfikli Mohamad Al Bakri telah tampil memberi penjelasan di akaun Twitternya tentang usaha dan tujuan sebenar Tabung Musa’adah tersebut dilakukan.
1. Saya tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk Muslim. Saya telah ulang beberapa kali, tabung ini untuk mereka yang memerlukan, termasuk frontliners, dll. Rujuk di sini https://t.co/qHEAKJGprV pic.twitter.com/whvhe0ttdG
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 24, 2020
Beliau turut menekankan tabung itu juga untuk membantu golongan gelandangan, pekerja di barisan hadapan dan para pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau juga mengarahkan agensi berita tersebut menukar tajuk dan membuat permohonan maaf.
Malah seorang wartawan juga telah melakukan satu ciapan yang mengatakan ia disebabkan oleh kesilapan Dr. Dzulkifli dalam bercakap dan Dr. Dzulkifli kini memperbetulkan semula kenyataannya. Namun begitu, sekali lagi Dr. Dzulkifli menyangkal dengan satu kenyataan ringkas iaitu “No.”
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 24, 2020
Beliau turut memberikan bukti berbentuk video kepada wartawan tersebut untuk menunjukkan beliau sama sekali tidak menyebut ia untuk Muslim sahaja.
Bukti https://t.co/qHEAKJGprV
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 24, 2020
Rata-rata warganet menyokong tindakan Dr. Dzulkifli yang tegas dalam melawan fitnah yang ditaburkan oleh orang luar dan pantas dalam memberi kenyataan untuk memperjelaskan isu.


Apa-apa pun, diharapkan wartawan dan agensi berita lebih berhati-hati dalam menulis berita kerana kadangkala dengan satu ayat ia boleh memecah-belahkan rakyat lebih-lebih lagi jika mereka hanya membaca tajuk sahaja. Etika sebagai wartawan juga perlu dititikberatkan dengan mencari informasi yang sahih sebelum disebarkan.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, anda boleh klik pada pautan di bawah: