Umum mengetahui bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa universal. Malah, kelebihan menguasai Bahasa Inggeris juga dilihat sebagai satu bonus buat diri individu. Oleh itu, tak salah sekiranya ingin belajar menguasai bahasa ini dengan baik.
Memandangkan bukan semua orang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan fasih, penulis ingin kongsikan tips dari Dr. Amalina Bakri mengenai cara untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
- Sentiasa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan yakin
Tak kiralah sama ada grammar anda bagus atau tidak, sentiasalah cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Abaikan saja mulut-mulut yang ‘mengata’ apabila anda bertutur dalam Bahasa Inggeris.
- Gunakan sosial media sebagai medium untuk berkomunikasi
Kalau dulu ada MSN messenger, Yahoo Messenger dan MIRC. Dr. Amalina menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar negara. Seawal usia 12 tahun, dia juga sudah menyertai beberapa pembelajaran berkumpulan secara online.
- Tonton program TV dan dengar muzik Bahasa Inggeris
Menonton atau mendengar muzik Bahasa Inggeris terbukti dapat meningkatkan kefahaman anda dalam memahami Bahasa Inggeris. Apatah lagi kalau mendengar lagu kegemaran anda, pasti anda boleh ikut menyanyi sekali bukan?
- Practice makes perfect
Akhir sekali apa yang boleh anda lakukan ialah sentiasa berlatih. Semakin kerap anda berlatih, semakin mudah untuk anda memahami dan mempelajari Bahasa Inggeris.
Antara cara lain yang boleh anda lakukan ialah bergaul dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar kerana cara ini dapat membantu anda untuk meningkatkan keyakinan. Tapi kalau ditegur kesalahan korang tu, jangan annoyed pula okay?
Don’t worry guys. Practice makes perfect kan? So, mulai hari ini apa kata anda try untuk mula bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan.
Good luck!