Selalunya, istilah dagu berlapis atau kita sering sebut sebagai double chin akan diberikan kepada mereka yang kelihatan agak berisi tetapi ramai yang tidak tahu bahawa orang yang berbadan kurus juga mengalami masalah ini. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk menghilangkan dagu berlapis:

1. Senaman pada wajah


Lakukan senaman pada wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menyebut perkataan A, E, I, O dan U sebanyak 40 kali. Senaman ini akan membantu untuk membentuk semua bentuk wajah anda menjadi lebih menarik.

2. Dongakkan kepala ke atas dan ke bawah


Senaman sebegini sesuai dilakukan pada awal pagi iaitu selepas bangun daripada tidur. Caranya adalah dengan mendongakkan kepala selama 20 saat. Otot akan menjadi tegang jika ia sering dilakukan dan dagu berlapis akan berkurangan.

3. Jaga pemakanan anda

Jika tidak mahu lemak terkumpul di bahagian bawah dagu, elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat dan mempunyai kolestrol yang tinggi.

4. Kunyah gula-gula getah


Apabila seseorang itu mengunyah gula-gula getah, secara tidak langsung bahagian dagu akan bergerak sekali seolah-olah kita sedang melakukan senaman.

Semoga perkongsian ini bermaanfaat untuk semua.

Penulis

  • Nurul Nabilah Abd Ajis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Wanista, Kanal