Dosa Letak Tepi, Wanita Dahulu Kala Sanggup Guna Ilmu Hitam Untuk Jadi Cantik

Kisah makhluk-makhluk halus bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Terdapat pelbagai versi cerita seram daripada pengalaman orang-orang lama telah diperdengarkan kepada sesiapa sahaja.

Jika dilihat daripada lambakan filem seram di tanah air, kaum wanita sering menjadi tumpuan dalam hal-hal yang berkaitan dunia ghaib ini. Rata-rata wanita digembar-gembur menggunakan ilmu hitam untuk kecantikan dan untuk nampak lebih muda. Namun begitu, persekutuan dengan makhluk yang dilaknat ini mempunyai harga yang sangat tinggi dan boleh memakan diri.

1. Penanggal

Turut dikenali di beberapa negara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand, hantu penanggal ini dikatakan terjadi apabila seorang wanita membuat perjanjian dengan kuasa ghaib untuk kelihatan cantik selamanya.

Kelibat penanggal sering dilihat seperti bebola api atau cahaya kelip-kelip. Makhluk ini sering muncul jika terdapat wanita yang mahu bersalin. Seorang wanita yang menjadi penanggal haruslah memakan darah wanita yang bersalin demi mengekalkan kecantikan fizikalnya.

Rupa penanggal ini amatlah mengerunkan. Hanya berkepala manusia, terdapat juraian organ-organ yang turut sama bertebangan tanpa badan untuk mencari mangsa. Selain untuk kelihatan menawan, mereka sanggup menjadi mahluk ini kerana untuk menjaga keselamatan dan menjaga hasil tanaman.

2. Pelesit

Berbeza dengan penanggal, makhluk pelesit ini dijaga oleh tuannya dan harus diwarisi sebelum tuannya meninggal dunia. Jika tidak, makhluk ini akan menganggu ketenteraman orang lain.

Selain digunakan untuk menarik perhatian lelaki, pelesit juga sering diunakan sebagai pelaris perniagaan dan mencuri duit. Hantu pelesit tidak mempunyai fizikal yang tetap, ia boleh menjelma dalam apa jua bentuk.

3. Susuk

Susuk tidak dikaitkan dengan mana-mana makhluk ghaib tetapi ia turut sinonim digunakan demi menambah kecantikan. Untuk memasukkan susuk bukanlah perkara yang mudah kerana tidak semua tukang sihir mampu melakukannya. Susuk juga amatlah payah untuk dikeluarkan kecuali oleh orang sama yang memasukkannya.

Tiada siapa tahu apa itu sebenarnya susuk tetapi ada yang mengatakan pemakai susuk ini mempunyai pantang larang pelik yang harus dipatuhi seperti tidak boleh melintas di bawah ampaian baju.

Kisah pemakaian susuk ini telah mengingatkan penulis kepada salah sebuah buku terbitan Lejen Press yang bertajuk Rosmoh: Perempuan Puaka hasil nukilan penulis bernama Naufal Tarmizi.

Novel ini mengisahkan seorang gadis bernama Rosmah yang telah memakai susuk demi untuk mencantikkan wajahnya. Apabila dia terlanggar pantang, Rosmah mula berhijrah dan memakai purdah. Namun, penghijrahannya menjadikan gadis itu mangsa tohmahan penduduk kampung yang menuduhnya sebagai Hantu Purdah.

Kejadian Hantu Purdah semakin berleluasa walaupun setelah ketiadaan Rosmah. Siapakah sebenarnya Hantu Purdah? Dan apakah kaitannya dengan keluarga Rosmah? Identiti sebenar Hantu Purdah akan mengundang rasa tidak sangka apabila didedahkan. Secara ringkas, novel ini amat seronok untuk dibaca.

Buku Rosmoh telah menerima 3.66 bintang daripada Goodreads. Berdasarkan review yang ditinggalkan oleh pembaca, ada yang mengatakan novel ini kreatif dan menarik untuk dijadikan bahan bacaan.

Untuk merungkai misteri kisah buku Rosmoh: Perempuan Puaka, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Artikel Lain Untuk Di Baca