Dong Zong vs Tulisan Jawi, Apa Lagi Dong Zong?

Pada bulan Ogos lalu, pengumuman kerajaan untuk memasukkan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4 sekolah vernakular bermula tahun hadapan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuklah bantahan daripada segelintir pihak.

Jemaah Menteri akhirnya bersetuju pembelajaran itu diteruskan tetapi hanya akan dibuat dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan. Bagi SJK yang tidak mempunyai PIBG pula, pelaksanaannya perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS).

Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dan sejumlah NGO kembali menyuarakan desakan mereka supaya lembaga sekolah dibenarkan untuk campur tangan dalam membuat keputusan berkenaan isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah vernakular.

Menurut Presiden Dong Jiau Zong iaitu Tan Tai Kim, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan pada minggu depan.

“Kami menyuarakan ketidakpuasan hati apabila lembaga sekolah masih tidak disenaraikan sebagai pembuat keputusan (dalam pembelajaran Jawi),” katanya seperti yang dilaporkan Oriental Daily.

Pada masa yang sama, Tan turut membacakan konsensus yang dicapai dalam mesyuarat Dong Jiao Zong bersama dengan sejumlah NGO.

“Mesyuarat kami hari ini untuk menegaskan kembali pendirian kami,” ujarnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Dong Zong itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Tinjauan kami di media sosial mendapati bahawa rata-rata warganet sedang hangat membincangkan isu ini.

Majoriti warganet tampil menyuarakan sokongan mereka terhadap isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah vernakular dan menentang Dong Zong yang dilabel sebagai sebuah organisasi yang rasis dan melampau.

Mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan tidak berasas Dong Zong itu berpendapat bahawa bahasa Jawi merupakan sebuah seni warisan negara yang harus dikenali dan dihargai oleh semua kaum di Malaysia. Dalam erti kata lain, ia langsung tidak melibatkan isu agama.

Ada juga yang berpendapat bahawa desakan Dong Zong mencerminkan sifat rasis mereka terhadap seni dan budaya orang Melayu. Ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak patut berlaku memandangkan sebelum ini, tiada pihak yang pernah menghalang sesiapa untuk mempelajari kaligrafi Cina, apatah lagi mengaitkannya dengan isu agama.

Dalam pada itu, ada segelintir yang memihak kepada Dong Zong dan berpendapat bahawa desakan yang dilakukan mereka itu adalah wajar memandangkan mereka bukannya menentang penggunaan tulisan Jawi, tetapi hanya tidak bersetuju dengan pengajaran bahasa Jawi di Malaysia.

Impak daripada isu ini juga membawa kepada permintaan orang ramai kepada kerajaan agar mengharamkan sekolah vernakular selain mengalu-alukan orang Cina supaya kembali ke tempat asal mereka.

Tindakan Dong Zong yang membangkitkan isu ini juga membuatkan warganet tertanya-tanya, mengapa Dong Zong sangat takut dengan tulisan Jawi?

Selain melemparkan kecaman dan sokongan, ada yang tampil memberi cadangan supaya pengenalan tulisan Jawi ini diletakkan dalam subjek Seni dan bukannya Bahasa Melayu.

Artikel Lain Untuk Di Baca