Donald Trump Rancang Untuk Melombong Di Bulan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini sedang giat merangka rancangan bagi menjayakan perlombongan di bulan di bawah kesepakatan antarabangsa baharu yang digelar sebagai Perjanjian Artemis.

Memetik laporan media tempatan, dalam tempoh beberapa minggu akan datang, pegawai AS merancang untuk berunding tentang perjanjian itu dengan rakan agensi angkasa lain seperti Kanada, Jepun dan negara Eropah serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dilihat mempunyai kepentingan sama untuk kegiatan melombong di bulan.

Menurut laporan Sinar Harian, perjanjian yang dinamakan sempena program bulan Artemis di bawah Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) itu turut mencadangkan zon keselamatan yang akan mengelilingi pangkalan tersebut bagi mengelakkan kerosakan atau gangguan dari negara pesaing atau syarikat yang beroperasi berhampiran.

Trump dan beberapa negara lain yang mempunyai matlamat sama melihat bulan sebagai aset strategik utama di angkasa lepas selain mempunyai nilai untuk penyelidikan saintifik jangka panjang untuk misi ke planet Marikh.

Difahamkan, NASA telah melabur puluhan bilion dolar untuk program Artemis yang bertujuan untuk menempatkan manusia di bulan menjelang tahun 2024 dan penempatan berterusan di bahagian kutub selatan untuk perlombongan batu dan air di bawah permukaan bulan yang boleh ditukar menjadi bahan api roket.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Donald Trump, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca