Donald Trump Dikecam Teruk Selepas Cadang Suntik Cecair Pembasmi Kuman Di Dalam Badan Untuk Rawat COVID-19

Presiden Donald Trump telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak apabila beliau telah mengusul idea di hadapan media tentang suntikan cecair pembasmi kuman di dalam badan.

Melalui video tersebut, beliau dilihat sedang menjawab soalan daripada pihak media sebelum mula memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh para saintis dan doktor perubatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19.

Di dalam kenyataan itu juga, beliau turut melontarkan idea bahawa sinaran cahaya mungkin boleh menghapuskan COVID-19.

“Saya rasa ia belum diuji lagi tetapi kamu akan mengujikannya,” kata Trump kepada pakar-pakar perubatan pada sidang media Khamis lalu.

Susulan daripada kenyataan beliau yang menjadi tular itu, beberapa syarikat pengeluar pembasmi kuman telah memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyalahgunakan cecair pembasmi dengan memasukkan ke dalam badan.

Trump kemudian memberitahu bahawa cadangan beliau hanyalah komen yang berbentuk sarkastik kepada para media.

“Saya hanya menimbulkan persoalan itu secara sarkastik kepada wartawan seperti kamu, untuk lihat apa yang akan berlaku,” ujarnya.

Malah, ahli politik Joe Biden dan pelakon Hollywood terkenal, Chris Evan juga telah menyelar tindakan Trump yang mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal itu.

Sebelum ini, seorang lelaki di Arizona maut akibat menelan chloroquine selepas mendengar cadangan Trump bahawa bahan tersebut boleh mencegah COVID-19. Penyokong kuat Trump sangat dikenali dengan sikap mereka yang sentiasa mematuhi segala arahan daripada beliau, ini termasuk berkenaan kes protes Perintah Berkurung yang terjadi sebelum ini.

Rakyat dinasihati untuk tidak mengambil cecair pembasmi kuman masuk ke dalam badan secara suntikan atau minum kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa. Cecair pembasmi kuman hanya boleh digunakan pada bahagian luar sahaja dan pastikan anda baca cara penggunaan produk sebelum guna.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Donald Trump, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca