Doktor Wanita Jatuh Tebing, Kereta Terbabas Hampir Ke Laut

jatuh tebing

Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tebing pantai dan hampir terhumban ke dalam laut awal pagi semalam.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Mengabang Telipot untuk merawat pesakit selepas menerima panggilan kecemasan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika kereta Perodua Axia wanita berusia 30-an itu hilang kawalan sebaik menghampiri selekoh tajam sebelum terjunam ke pantai dari ketinggian hampir lima meter.

Rakan mangsa, Mohd Azwan Jusoh, 38, berkata dia segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan suami wanita terbabit yang ketika itu dikatakan berada di luar kawasan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hati saya berdebar apabila lokasi kemalangan dikerumuni ramai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi berada dalam keadaan trauma dan ditenteramkan kakaknya yang tiba di lokasi kejadian iaitu Pantai Kampung Kolam, Batu Rakit, Terengganu.

Jelasnya lagi, mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar ke tempat kerja oleh suaminya. 

Dia berasa lega mengetahui isteri kawannya terselamat walaupun kereta tersebut bukan sahaja remuk teruk malah dipukul ombak di pesisir pantai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca