NYU Bakal Memberi Anugerah Ijazah Kedoktoran Kepada Taylor Swift

Pencapaian Taylor Swift dalam industri muzik terlalu besar hingga Universiti New York (NYU), yang terkenal akan seni visual dan persembahan hendak menganugerahkan Ijazah Kedoktoran kepada penyanyi perempuan terkenal di seluruh dunia itu.

https://www.billboard.com/

Taylor Swift akan menerima Ijazah Kedoktoran dalam Seni Halus ketika majlis graduasi NYU berlangsung di Stadium Yankee pada 18 May nanti. Pada hari tersebut, Taylor Swift juga akan memberi ucapan kepada para graduan NYU kelas 2022.

Atas penganugerahan besar ni, semua menjadi tertanya-tanya tentang kelayakan Taylor Swift bagi mendapat Ijazah Kedoktoran sedangkan dia bukanlah pelajar di NYU? Bahkan, para graduan lain telah menghabiskan wang, masa dan tenaga untuk menghabiskan pelajaran mereka.

Pada Januari lepas, NYU’s Clive Davis Institute of Recorded Music telah melancarkan kursus baru tentang perniagaan penyanyi-penulis lagu dan bagaimana pendengar dari pelbagai kaum berinteraksi dengan industri muzik.

Kursus baru itu sekaligus menggambarkan kejayaan Taylor Swift dalam industri muzik yang telah memberi impak kepada orang ramai. Dengan itu, NYU ingin meraikan muzik Taylor Swift yang tidak putus menghibur dan menyentuh hati pendengar dengan usaha kerasnya.

Untuk pengetahuan, bagi meraikan graduasi kelas 2022 ini, Taylor Swift telah melancarkan barangan edisi terhad berjudul “i’m Feeling ’22” kepada semua para graduan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca