Doktor Rungkai Teori Gatal-Gatal Bukan Angkara Ludah Jin

Rata-rata sering tersalah sangka dan menganggap penyakit gatal-gatal pada tubuh badan adalah angkara jin. Namun, ia tidaklah seperti yang kita bayangkan.

Seorang doktor perubatan telah mengesahkan bahawa penyakit gatal-gatal pada tubuh itu tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik.

Menurut perkongsian seorang doktor di Twitter, Doktor Khairul Hafidz menyatakan bahawa penyakit ini dikenali sebagai gegata atau urticaria.

Tambahannya, penyakit ini terjadi akibat alahan yang tidak diketahui puncanya.

Sekiranya terkena penyakit ini, jangan panik. Pesakit boleh ke klinik atau farmasi yang berdekatan dan anda akan dibekalkan dengan ubat tahan gatal iaitu ubat steriod dan antihistamine.

Anda tidak perlu berasa takut kerana ia bukanlah angkara gangguan makhluk halus.

Perkongsian itu telah mendapat banyak perhatian daripada warganet di Twitter yang juga turut menceritakan pengalaman mereka terkena penyakit gegata itu.

Kegatalan itu boleh hilang dengan sendirinya jika urticaria yang dihadapi adalah tidak serius. Sekiranya pesakit berasa tidak tahan dengan kegatalan yang dihadapi, disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera.

Ternyata terdapat dua jenis urticaria iaitu acute urticaria yang akan hilang dalam masa enam minggu, manakala chronic urticaria pula berulang-ulang lebih enam minggu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan mistik, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca