“Doktor Pegang Peranan Tuhan?” Hospital Indonesia Terpaksa Pilih Siapa Layak Ke ICU Selepas Kes Naik Mendadak

Peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Indonesia sejak kebelakangan ini sekali gus memaksa hospital-hospital utama di Jakarta untuk membuat keputusan berani dalam menentukan pesakit mana yang layak mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebaliknya.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini disahkan sudah dilaksanakan di hospital kendalian kerajaan negara itu iaitu Hospital Friendship di mana jumlah kemasukan pesakit dihadkan kepada hanya 83 sehari.

Kebanyakan permintaan kemasukan pesakit terpaksa ditolak berikutan jumlah kakitangan terlatih adalah terhad. Pada Khamis lalu, hospital berkenaan dilaporkan menerima 103 kes untuk dirujuk tetapi hanya mampu menerima 12 daripada jumlah itu.

Dalam pada itu, Dr. Erlina Burhan selaku doktor yang bertugas di Hospital Friendship menzahirkan kebimbangan dengan lonjakan kes di Indonesia sehingga memaksa mereka membuat keputusan sedemikian.

“Doktor bergelut membuat keputusan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak untuk ditempatkan di ICU. Saya cukup risau, apakah lama-kelamaan kami (doktor) perlu memainkan peranan sebagai Tuhan? Saya sungguh bimbang,” ujar Dr. Erlina.

Untuk rekod, Indonesia kini mencatatkan hampir 175,000 kes jangkitan dengan lebih 7,400 kematian akibat pandemik COVID-19 iaitu yang tertinggi di Asia Tenggara.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19 di Indonesia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca