Doktor Kecewa Ada Pihak Yang Mencuri ‘Hand Sanitizer’ Milik Hospital

Di saat negara kita diserang wabak COVID-19, tidak dinafikan semua pihak berada dalam keadaan berjaga-jaga pada waktu ini. Penjagaan kesihatan seperti membasuh tangan dan memakai hand sanitizer merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan semua.

Namun, terdapat perkara yang tidak enak kita dengari, ada segelintir individu tanpa rasa bersalah mencuri hand sanitizer milik kakitangan di hospital. Perkara ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Seorang doktor iaitu Dr. Mahyuddin Mohamed berkongsi tentang perkara itu di laman Facebook miliknya. Dr. Mahyuddin meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap rakyat Malaysia yang mementingkan diri dalam keadaan begini dan tidak memikirkan tentang kakitangan kesihatan yang berkorban untuk menyelamatkan semua.

“Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit & pelawat. Ini harta rakyat & kerajaan & bukannya milik peribadi anda!”

“Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda daripada COVID19?”

“Kakitangan kesihatan berkorban membahayakan nyawa, masa dan tenaga untuk anda. Anda pula langsung tidak peduli, selfish & bodoh sombong.” tulis Dr. Mahyuddin menerusi hantaran di Facebooknya.

Dr. Mahyuddin juga berang dengan sesetengah pihak yang yang menipu dan tidak bersikap jujur serta menyeru anggota kesihatan supaya sentiasa berjaga-jaga.

“Hari ini kami ada pesakit yang sedang di kuarantin di rumah tapi datang temujanji ke klinik. Bila ditanya di 2 stesen saringan langsung tidak mengaku. Bila dah sampai berdepan dengan doktor baru la bagitau. Dah la tak pakai topeng muka.”

“Buat anggota kesihatan, jangan sesekali ambil risiko & percayakan pesakit. Ada yang menipu. Yang nampak educated menipu. Yang nampak alim pun menipu juga.” tulis Dr. Mahyuddin.

Dr. Mahyuddin juga berpesan kepada rakyat Malaysia supaya bersikap jujur dan kuarintin di rumah dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Buat rakyat Malaysia, jika anda ada contact dengan orang yang COVID19, mengakulah. Bukannya kami tangkap anda pun kalau anda mengaku.”

“Kalau anda dikuarantin, duduklah di rumah selama 14 hari. Tak perlu la travel atau keluar rumah. Kuarantin la betul-betul. Tak perlu ke hospital. Temujanji anda boleh ditunda.” tulisnya lagi.

Kemudian Dr. Mahyuddin meninggalkan satu tulisan yang membuat ramai yang berfikir.

“Kalau kami semua sakit, siapa yang akan rawat anda?” tulis Dr. Mahyuddin.

Apa-apa pun janganlah kita bersikap penting diri pada saat-saat begini. Kita perlu beri kerjasama antara satu sama lain untuk membendung COVID-19 supaya tidak menjadi lebih teruk lagi. Patuh pada arahan yang telah ditetapkan dan sentiasalah jaga kesihatan diri.

Jika anda sedang mencari hand sanitizer, anda boleh dapatkan menerusi maklumat di bawah:

Jika berminat, anda boleh WhatsApp talian ini: https://t.co/5sHxv66iUN?amp=1

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca