Doktor Ini Menemukan Cendawan Yang Tumbuh Dalam Telinga Pesakitnya

Seorang doktor di Ha Noi, Vietnam dikejutkan dengan cendawan yang membiak dalam telinga pesakitnya.

Pada awalnya, Dr Cuong ini telah didatangi oleh seorang pesakit lelaki pada Disember yang lepas.

Pesakitnya itu mengadu tentang rasa sakit dan gatal pada bahagian dalam telinganya itu.

Dr Cuong akhirnya melakukan endoskopi pada pesakitnya, iaitu sebuah prosedur untuk memeriksa organ bahagian dalaman dengan memasukkan kamera tanpa perlu melakukan pembedahan.

Alangkah terkejutnya Dr Cuong apabila menjumpai hampir berdozen-dozen cendawan kecil yang tumbuh di dalam telinga pesakitnya itu.

Cendawan yang tumbuh di sekitar gegendang telinga lelaki tersebut berukuran hampir dua sentimeter.

Tanpa tergesa-gesa, Dr Cuong terus membuang cendawan tersebut bagi mengelakkan sebarang infeksi yang jauh lebih teruk.

Ianya mengambil beberapa hari untuk pesakit itu pulih dari kondisi tersebut.

Kulat yang tumbuh dalam telinga itu telah menyebabkan radang dan rasa tidak selesa pada pesakit itu, kata Dr Cuong.

Sumber: Newsflare

Kondisi tersebut yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai otomycosis, merupakan salah satu fenomena yang biasa, terutamanya terhadap pesakit-pesakit kronik seperti diabetis.

Otomycosis juga boleh terjadi jika seseorang berenang di kawasan-kawasan tropika.

Meskipun demikian, dalam kes ini, pesakit itu dikatakan telah berkongsi alatan membersihkan telinga dengan orang lain dan hal tersebut menjadi punca berlakunya jangkitan kulat di dalam telinganya itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca