Doktor Ini Bongkar Kisah Sebenar Lelaki ‘Mumia’ Yang Didakwa Maut Diserang Beruang

Baru-baru ini, satu foto lelaki ‘mumia’ telah tular di media sosial dan rata-rata mendakwa kecederaan yang dialaminya itu adalah disebabkan dia diserang seekor beruang.

Namun begitu, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali. Seorang doktor tampil ke hadapan dan mendakwa lelaki yang dikenali sebagai Alexander P itu merupakan salah seorang pesakitnya.

Doktor tersebut mengatakan bahawa keadaan Alexander itu bukanlah gara-gara diserang beruang seperti yang dikatakan orang ramai tetapi dia mengalami psoriasi atau penyakit kulit yang kronik.

Perbezaan ketara dapat dilihat apabila perbandingan antara gambar sebenar Alexander dengan imej seorang lelaki kurus yang pada awalnya disangka mumia. Gambar itu sebenarnya diambil di katil hospital.

Sebuah rakaman video membabitkan lelaki berkenaan juga tular beberapa hari yang lepas setelah dia dikatakan mengalami patah tulang belakang akibat serangan seekor beruang dan dalam video tersebut, dia dilihat sedang dikejarkan ke hospital di Moscow.

Akaun yang memuat naik video tersebut mendakwa lelaki berusia 41 tahun itu ditemui sekumpulan pemburu Rusia selepas dia diseret seekor beruang ke dalam sebuah gua.

Dia dikatakan terperangkap di dalam gua itu selama sebulan dan cuma meminum air kencing sendiri untuk terus hidup.

Doktor yang merawat Alexander iaitu Dr Rustam Isaev dari Pusat Perubatan Aktobe di Kazakhstan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Dia memberitahu bahawa pesakitnya itu tidak pernah diserang beruang dan tidak pernah pergi ke Rusia.

Video yang tular itu juga dilaporkan dirakam di Kazakhstan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca