“Doakan Saya Sembuh.” – PU Riz Disahkan Positif COVID-19

Pelakon dan pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas selama tiga hari.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Bin Mohd Ismail, dia menjalani ujian saringan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada Ahad.

“Saya demam sejak tiga hari lalu dan semalam (Ahad) saya pergi membuat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujiannya ialah positif. Saya reda dengan berita ini dan menganggap ianya adalah ujian daripada Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Riz berkata sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah.

Namun, Riz juga memberitahu bahawa dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Sri Petaling dan kerap solat di situ sebelum masjid tersebut ditutup akibat wabak ini.

“Doakan saya sembuh, minta maaf jika saya ada berbuat salah kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya,” kata Riz.

Riz memaklumkan bahawa pihak hospital akan datang menjemputnya di rumah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca