DIY ‘Lip Scrub’ Agar Bibir Tampil Sihat Dan Merah Jambu

Mempunyai bibir yang lembut dan berwarna seakan-akan merah jambu adalah perkara yang diidami oleh semua orang khususnya kaum wanita. Jadi, salah satu caranya adalah dengan memakai lipstick atau lipbalm untuk mendapatkan warna bibir idaman.

Namun ramai juga yang berpendapat bahawa kesan memakai lipstick boleh menyebabkan warna asal bibir kita bertukar ke warna gelap. Oleh itu, apa kata diy sahaja scrub yang boleh mengembalikan warna merah jambu bibir anda!

Senang sahaja untuk buat sendiri skrub bibir anda. Malah, bahan-bahan yang diperlukan pun boleh didapati di rumah anda!

 

  • Skrub Honey-Sugar

 

Foto: Google

 

  • Campurkan satu sudu teh madu dengan dua sudu teh gula
  • Gaul sebati
  • Urutkan campuran tadi ke bibir anda dan biarkan selama 10 minit
  • Basuh menggunakan air bersih

Gula merupakan exfoliator semulajadi yang bagus. Apabila dicampur dengan madu, ia juga dapat melembapkan bibir.

 

  • Skrub Berus Gigi
Foto: Google

 

  • Sapukan satu lapisan lip balm kegemaran anda pada bibir
  • Dengan menggunakan berus gigi yang bersih, berus bibir anda dalam gerakan membulat secara perlahan-lahan
  • Bilas bibir dengan air bersih

 

Tips Semasa Mengscrub Bibir

Semasa mengscrub bibir anda, jangan lupakan tips berikut:

  • Jangan skrub bibir anda dengan kasar
  • Pastikan tidak terlebih scrub (seminggu sekali sudah memadai)
  • Sentiasa sapukan lip balm selepas mengscrub bibir

 

Mengapakah Bibir Perlu Diskrub? 

Bibir yang kering dan kasar bukan sahaja akan mencacatkan penampilan malah akan mendatangkan kesakitan dan luka pada bibir.

Berikut merupakan tanda-tanda bibir rosak:

  • bibir tampak kering
  • bengkak
  • berdarah

 

Oleh itu, sentiasa scrub bibir anda agar bibir anda kelihatan sihat dan sentiasa merah jambu!

Artikel Lain Untuk Di Baca