Diundi 100 Wanita Tercantik Dunia, Ini Respons Juliana Evans

Aktres ternama tanah air, Che’ Puan Juliana Sophie binti Johari Evans tidak menyangka namanya tersenarai dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 menerusi satu tinjauan global yang dijalankan oleh laman web Starmometer dari 4 April sehingga 22 Mei lalu baru-baru ini.

Juliana menjelaskan bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai undian berkenaan dan sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengundi dirinya dalam tinjauan tersebut.

“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya. Saya dapat rasakan mereka yang mengundi saya merupakan orang Malaysia. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudi mengundi saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Pelakon Natrah ini turut menjelaskan bahawa dia lebih selesa dengan kecantikan semula jadi.

“Saya merupakan seorang individu yang percayakan kecantikan semula jadi. Saya tumpang rasa gembira apabila ada orang lain yang menghargai diri ini.

Saya juga tidak terlepas daripada mempunyai garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain apabila usia semakin meningkat. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah buat saya,” tambahnya.

Juliana menduduki tangga ke-72 dalam tinjauan tersebut mengatasi beberapa selebriti ternama Hollywood seperti Emma Stone, Taylor Swift dan Amanda Seyfried.

Dalam pada itu, heroin dalam Crash Landing on You iaitu Son Ye-jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020.

Juliana Evans mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai 2019.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan individu tercantik dunia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca